Arsenal bawa Dennis Praet ke Colney, cuba yakinkan pemain itu.

ARSENAL begitu kuat dikaitkan dengan langkah perpindahan untuk membawa Dennis Praet ke Emirates pada musim panas tahun ini.

Namun pertahanan Belgium berusia 25 tahun itu akhirnya menyertai Leicester City dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar €20 juta.


Kisah Arsenal untuk mendapatkan Praet ini bukanlah kisah baharu dimana The Gunners telah lama meminati beliau dan cuba menandatanganinya sepuluh tahun lalu, ketika dia masih lagi remaja.

Selain Praet, Arsenal juga dilaporkan begitu hampir untuk menandatangani seorang lagi pemain Sampdoria pada musim panas tahun ini iaitu Joachim Andersen

Akhirnya, kedua-dua pemain pertahanan kelab Itali itu meninggalkan mereka dengan Andersen berpindah menyertai kelab Perancis, Lyon pada 12 Julai 2019, manakala Praet menyertai Leicester pada 8 Ogos 2019.

Ketika Praet masih remaja dan Arsene Wenger masih bersama Arsenal, The Gunners telah membuat tawaran kepadanya, malah turut dibawa berjalan - melihat persekitaran akademi dan pusat latihan Arsenal, London Colney.

Dia dibawa melihat keadaan persekitaran latihan oleh Liam Brady yang ketika itu, Arsenal dalam usaha untuk memujuk dan menyakinkan pemain berusia 15 tahun itu untuk berpindah ke London.

Dalam pendedahan dibuat Guardian yang menemurah pemain itu, Praet mengakui bahawa beliau hampir menyertai Arsenal dan beberapa kelab lain.

"Saya mempunyai tiga atau empat pilihan yang sangat baik. Kami pergi melawat Arsenal, Lille, Ajax dan Anderlecht."  kata Praet kepada Guardian.

Pun begitu, Wenger pernah mengatakan bahawa pemain tersebut (pada ketika itu berusia 15 ataupun 16 tahun) mempunyai fizikal yang lemah, namun akhirnya pemain itu semakin berkembang dengan baik.

Kita mungkin berasa lega (sekejap) walaupun tidak menandatangani pemain pertahanan tengah baharu musim ini setelah melihat aksi pertahanan muda seperti Holding yang begitu cemerlang baru-baru ini dan begitu juga dengan Chambers.

Kehadiran Davis Luiz bagaikan tidak memberi kesan setakat ini kepada pertahanan Arsenal.

Kedua-dua mereka (Holding dan Chambers) memberikan kita sedikit kelegaan tambahan pula, musim depan kita akan menerima Saliba, serta Bellerin dan Tierney turut mampu beraksi.

Post a Comment

Previous Post Next Post