BUKAYO SAKA menjaringkan gol pertama dirinya untuk Arsenal dalam kemenangan 3-0 The Gunners ke atas Eintracht Frankfurt, bagi saingan Liga Europa malam tadi.
Saka, 18 tahun merupakan salah seorang daripada tujuh perubahan pemain yang dibuat Unai Emery terhadap skuad yang mencatatkan keputusan seri 2-2 terhadap Watford minggu lalu.
Pemain sayap remaja itu hanya membuat penampilan kedua untuk kelab, membantu Joe Willock untuk gol pembukaan pada babak pertama dan menjadi punca Dominik Kohr menerima kad kuning kedua dengan perlawanan berbaki 11 minit lagi.
Statistik Saka |
Saka adalah kunci kepada kebangkitan Arsenal dalam memanfaatkan kelebihan yang ada, melakukan penyudah yang hebat dari tepi kotak dan melepaskan Pierre-Emerick Aubameyang untuk meraih kemenangan bergaya penuh hebat di Commerzbank-Arena.
"Saya sangat gembira kerana mimpi itu menjadi kenyataan, sejak saya masih kecil, saya selalu bermimpi untuk menjaringkan gol buat pasukan utama Arsenal.
"Dan sekarang saya sudah melakukannya,saya ingin melakukan lebih banyak lagi, "kata Saka kepada BT Sport via Yahoo Sports News.
"Kami bercakap mengenainya sebelum perlawanan, peminat mereka berada di belakang mereka setiap masa.
"Mereka membuat bising sepanjang permainan. Kami berkata kami terpaksa bermain dengan keyakinan kami dan berpegang kepada rancangan permainan kami."
Saka menjadi pemain Arsenal termuda untuk menjaringkan gol dalam pertandingan Eropah sejak Aaron Ramsey melakukannya pada Oktober 2008 (Ramsey berusia 17 tahun ketika itu) membuatkan rakan sepasukan, Willock begitu terkesan.
18y 14d - Bukayo Saka is the youngest player to score for Arsenal in the Europa League/Champions League since October 2008, when Aaron Ramsey (17y 300d) netted against Fenerbahce. Emergence. #SGEARS pic.twitter.com/ejoeMNraGk— OptaJoe (@OptaJoe) September 19, 2019
"Dia pemain istimewa dan dia menghasilkan dua bantuan gol dan satu gol malam ini," kata Willock mengenai Saka.
"Saya gembira untuk menjaringkan gol dan menyumbang bagi memenangi perlawanan ini, tetapi secara keseluruhannya saya fikir kami semua berjaya dan ia adalah malam yang besar untuk kami.
"Mereka sangat kuat satu lawan satu dan mereka cuba menekan kami dengan tinggi, jadi kami terpaksa membalas mereka dengan serangan balas.
"Kami tahu kami mempunyai pemain yang pantas, jadi itulah rancangan permainan kami.
"Ia berhasil dan kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi kami akhirnya berjaya juga. "