Dua pemain telah meninggalkan kelab baru mereka dengan sebab yang berbeza walau baru sebulan menyertai kelab tersebut pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.
Bekas pertahanan tengah Liverpool, Martin Skrtel telah meninggalkan Atalanta, manakala bekas penyerang Leicester City, Shinji Okazaki terpaksa meninggalkan kelab Sepanyol, Malaga CF.
Okazaki menyertai kelab divisyen dua Sepanyol tersebut secara percuma setelah dilepaskan oleh Leicester City musim lepas.
Shinji Okazaki |
Namun gajinya telah melangkaui bajet maksimum gaji skuad yang dibenarkan oleh liga menyebabkan kelab tidak dapat mendaftarkan dirinya, dan beliau terpaksa meninggalkan Malaga selepas baru empat minggu menyertai mereka.
Kontrak Okazaki dibatalkan, dan pemain Jepun ini terpaksa memulakan kembali pencarian kelab baru untuk musim baru ini.
Okazaki disayangi oleh para penyokong the Foxes kerana kerajinannya dan sikapnya di atas padang, juga membantu Leicester City menjuarai PL pada musim 2015/2016.
Seorang lagi bekas pemain PL, Martin Skrtel. telah menamatkan kontraknya bersama kelab Itali, Atalanta kerana berselisih faham dengan pengurus kelab.
Martin Skrtel |
Beliau menyertai kelab tersebut dari Fenerbahce secara percuma dan menandatangani kontrak setahun pada 9 Ogos 2019.
Pemain pertahanan berusia 34 tahun ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan permintaan taktikal yang dimahukan oleh pengurus kelab, Gian Piero Gasperini.
'Dia kata dia akan mempunyai masalah untuk bermain dengan tiga pemain tengah pada usianya ketika ini, dan kami faham tentang itu,' kata pengurus tersebut.
'Dia hadir selepas kami sudah memulakan sesi latihan, dan dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan kami.
Kini Skrtel sudah menemui kelab baru, kembali ke Turki menyertai Istanbul Basaksehir.