PEMAIN 'buangan' Inter Milan, Mauro Icardi sah sertai Paris Saint-Germain (PSG) secara pinjaman dengan pilihan untuk membelinya.
Icardi merupakan penjaring terbanyak Serie A pada musim 2017/18 dengan 29 gol namun pada musim lalu jawatan selaku kapten pasukan bukan lagi menjadi miliknya selepas berlaku pertikaian dalam kontraknya yang seterusnya menyaksikan beliau dilarang menyertai latihan bersama pasukan.
Dan beliau kemudiannya mengambil tindakan terhadap majikannya dengan menuntut ganti rugi sebanyak €1.5 juta dan mahu kembali berlatih bersama pasukan.
Inter Milan striker Mauro Icardi has begun legal action against the Serie A club, demanding to return to full training and 1.5 million euros ($1.6 million) in compensation, according to reports in Italy on Friday.--First Post
PSG terdesak mencari penyerang malah mereka berkemungkinan beraksi tanpa pilihan utama dalam kempen Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 18 September ini.
Kylian Mbappe dan Edisnon Cavani mungkin dijangka beraksi pada aksi kedua kumpulan manakala Neymar yang masih belum muncul bersama PSG digantung tiga aksi di pentas Eropah.
Ketika Neymar gagal meninggalkan kelabnya, Icardi berjaya melarikan diri selepas hubungannya bersama Inter Milan bermasalah.
Media Itali dan Perancis menganggarkan PSG mempunyai pilihan untuk membeli pemain berusia 26 tahun itu pada harga €70 juta.
— Inter (@Inter_en) September 2, 2019
Icardi menyertai Inter pada 2013 dan telah meledakkan 120 gol dalam 220 perlawanan sebelum hubungannya bersama kelab tersebut dilanda badai.
"PSG merupakan kelab terkemuka dan mampu menarik pemain terkemuka dalam tempoh beberapa tahun ini. Saya akan memberikan segala-galanya untuk membantu kelab baharu saya," kata Icardi.
Former captain Mauro Icardi officially joins PSG on a season-long loan from Inter Milan— Bleacher Report (@BleacherReport) September 2, 2019
(@brfootball) pic.twitter.com/WU5P69RzSq