Nicklas Bendtner Sertai FC Copenhagen


Nicklas Bedtner
Bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner telah menyertai FC Copenhagen sehingga hujung bulan Disember tahun ini.
Beliau menyertai juara bertahan liga Denmark itu dari Rosenborg. Kontraknya bersama kelab Norway tersebut akan tamat pada hujung tahun ini juga.

Bendtner menjaringkan 35 gol dalam 86 perlawanan, dan membantu kelab tersebut memenangi liga pada musim 2016/17 dan 2017/18.

"Saya tahu ini merupakan peluang yang sangat istimewa, dan saya akan melakukan sebaik mungkin ini selama empat bulan ini," katanya.

Pemain antarabangsa Denmark ini telah menyertai Arsenal dari pasukan remaja Copenhagen pada tahun 2004, semasa berusia 16 tahun, dan berjaya menjaringkan 45 gol dari 171 penampilan sepanjang sembilan musim di sana. 

Pada tahun 2014, beliau membuat keputusan untuk menyertai Wolfsburg.

KARIER NICKLAS BENDTNER

Tahun
Kelab
Jumlah penampilan (Gol)
Kejuaraan dimenangi
2004/05 - 2013/2014
Arsenal
 171 (45)
1x Piala FA 2014
2006/07
Birmingham City (pinjaman)
46 (12)
 -
2011/12
Sunderland (pinjaman)
 30 (8)
 -
2012/13
Juventus (pinjaman)
 11 (0)
1x Juara Serie A 2012/13
2014/15 - 2015/16
Wolfsburg
 47 (9)
1x Juara DFB-Pokal 2014/15
1x Juara Piala Super Jerman 2015/16
Sept 2016 - March 2017
Nottingham Forest (percuma)
 17 (2)
 -
March 2017 - September 2019
Rosenborg
 86 (35)
 2x Juara Liga Norway (2017 & 2018)
2x Juara Piala Super Norway (2017 & 2018)
1x Juara Piala Norway (2018)
September 2019 -
FC Copenhagen


Selain Arsenal dan Wolfsburg, Bendtner juga pernah bermain untuk Nottingham Forest, Birmingham City, dan Sunderland sebelum berhijrah ke Norway pada tahun 2017.

"Banyak perkara yang saya tidak tahu ketika saya mula meninggalkan rumah ketika berusia 16 tahun. 15 tahun kemudian, saya boleh katakan saya mencapai lebih dari yang saya impikan," kata pemain berfizikal besar ini.

"Saya tidak pernah penat dengan bolasepak. Saya sentiasa bersemangat dan bermotivasi," sambungnya lagi.

Selagi ada kudrat di badan, Lord Bendtner akan terus berbakti untuk kelabnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post