DUA pertahanan Arsenal bakal membuat kemunculan dalam skuad Unai Emery tidak lama lagi.

Hector Bellerin, kembali beraksi untuk kali pertama sejak mengalami kecederaan pecah ligamen cruciate (anterior cruciate ligament -ACL) pada bulan Januari lalu.


Semenjak itu beliau tidak beraksi selama 255 hari, namun membuat penampilan pertama bersama skuad U23 Arsenal yang mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang U23 Wolves malam tadi.

Beliau turun dalam barisan permulaan Arsenal U23 dan beraksi selama 63 minit sebelum dikeluarkan dan digantikan dengan Zak Swanson.

Kieran Tierney, turut beraksi buat kali pertama untuk Arsenal semenjak menyertai kelab pada jendela perpindahan musim panas dan beliau bersama Bellerin diturunkan untuk aksi skuad U23 Arsenal menentang Wolves.


Beliau sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan paha/pinggul menyebabkan gagal beraksi dalam skuad Emery.

Namun diturunkan bersama skuad pemulaan Steve Bould dan beraksi selama 63 minit sebelum digantikan Tobi Omele.

Aksi sulung Tierney juga menyaksikan beliau menerima layangan kad (kuning) setelah mengasari lawan pada minit ke-53 perlawanan.


Melihatkan perkembangan ini, sudah pasti kedua-dua mereka bakal beraksi dalam skuad Emery tidak lama lagi, mungkin minggu depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post