Jurgen Klopp tidak risau dengan selalu 'bocor', anggap ianya normal.

DIBARISI pertahanan termahal (suatu ketika), pengendali Liverpool tidak risau mengenai gawang selalu dibolosi lawan.

Berdepan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini di Stamford Bridge, Jurgen Klopp menegaskan bahawa beliau tidak risau mengenai rekod bolos ditempat lawan ketika bertemu pasukan 'Big Six' liga.

Beliau juga menegaskan bahawa dia tidak akan membuat perubahan terhadap barisan pertahanannya meskipun sekadar mencatatkan satu aksi tanpa bolos daripada lapan perlawanan musim ini.

Juara Eropah itu berkelebihan lima mata sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas meraih lima kemenanangan berturut-turut, namun benteng pertahanann mereka sering dibocori dalam empat perlawanan tersebut.


Dan dua bolos di Naples pada pertengahan minggu ini bermakna mereka memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan langkah sumbang serta mengumpul jumlah bolos sebanyak enam kali (empat dalam EPL dan dua dalam UCL).

1 9 August 2019 Liverpool 4–1 Norwich City EPL
2 17 August 2019 Southampton 1–2 Liverpool EPL
3 24 August 2019 Liverpool 3–1 Arsenal EPL
4 31 August 2019 Burnley 0–3 Liverpool EPL
5 14 September 2019 Liverpool 3–1 Newcastle United EPL
6 17 September 2019 Napoli 2–0 Liverpool UCL

Skuad bimbingan Klopp memulakan tiga aksi tanpa bolos dan hanya melepaskan 22 gol sepanjang kempen Liga Perdana musim lalu, bagaimanapun kempunan untuk mengucup trofi berprestij England itu, yang gagal dikecapi mereka sejak 1990, apabila sekadar menduduki tangga kedua dengan perbezaan satu mata.

Musim 2018/19
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Manchester City (C) 38 32 2 4 95 23 +72 98
2 Liverpool 38 30 7 1 89 22 +67 97
3 Chelsea 38 21 9 8 63 39 +24 72
4 Tottenham Hotspur 38 23 2 13 67 39 +28 71
5 Arsenal 38 21 7 10 73 51 +22 70

Klopp bagaimanapun dalam sidang akhbar menjelang pertemuan dengan Chelsea hari ini mahu mengubah keadaan tersebut berbanding sistem sedia ada.

“Bukan, tiada bezanya. Kami tidak akan fokus kepada serangan semata-mata dan lupakan pertahanan.

“Bolos itu hadir dalam keadaan yang pelik. Ada perlawanan yang boleh kita raih untuk dapat perlawanan tanpa bolos kedua sewaktu menentang Southampton, namun mungkin akan ada aksi tanpa bolos pada aksi berikutnya.

“Sudah tentu ia bukan seperti yang kami mahukan, iaitu memungut aksi tanpa bolos. Kami hanya perlu menang perlawanan dan buat masa ini, ia terlalu awal,” kata Klopp.

Liverpool telah memenangi hanya satu daripada 12 perlawanan terakhir mereka menentang Chelsea, Arsenal, Manchester City, Manchester United dan Tottenham.

Post a Comment

Previous Post Next Post