Henrikh Mkhitaryan Mungkin Sudah Bermain Perlawanan Terakhir Untuk Arsenal

Pemain perancang dari Armenia, Henrikh Mkhitaryan menyatakan beliau mungkin sudah bermain perlawanan terakhirnya untuk Arsenal ketika menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates pada Ahad lepas.

Beliau menyatakan dirinya masih kurang pasti dengan masa depan kariernya bersama the Gunners selepas melengkapkan perpindahan ke AS Roma.

Mkhitaryan menyertai kelab Serie A Itali tersebut secara kontrak pinjaman semusim pada hari terakhir jendela perpindahan pemain bagi kelab-kelab Eropah pada 1 September 2019.



KARIER HENRIKH MKHITARYAN BERSAMA ARSENAL:

Sertai Arsenal: 22 Januari 2018
Penampilan: 59
Jaringan gol: 9
Bantuan gol: 13

Beliau menjawab soalan mengenai masa depan jangka panjangnya dalam sidang media selepas kekalahan 1-3 Armenia kepada Itali, bahawa beliau mahu fokus dengan AS Roma terlebih dahulu.

'Kita lihat apa yang saya boleh lakukan untuk Roma, dan saya fikir kita boleh lihat di penghujung musim samada saya boleh terus kekal di sini atau pergi ke tempat lain. Saya juga tidak tahu,' katanya kepada VBET News.

'Saya tidak boleh berbicara mengenai masa depan buat masa ini. Lebih baik saya fokus untuk perlawanan seterusnya.

Beliau juga menjawab soalan media mengenai posisi kegemarannya: 'Saya bersedia untuk bermain di setiap posisi, untuk membantu pasukan ini kerana ini sebuah kelab yang hebat.'

'Pasukan ini sangat bagus dan saya akan melakukan sedaya yang saya mampu untuk membantu pasukan,' sambung pemain tengah berusia 30 tahun ini.

AS Roma kini sedang menduduki tangga ke-15 liga selepas mengutip dua mata hasil dari seri dalam dua perlawanan pertama menentang Genoa (3-3) dan Lazio (1-1).

Post a Comment

Previous Post Next Post