Emery tidak yakin Bellerin mampu beraksi Old Trafford.

UNAI EMERY tidak yakin bahawa Hector Bellerin akan dapat beraksi bersama Arsenal ketika pertemuan menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.



Bellerin diketepikan sejak Januari lalu ekoran kecederaan lutut dan berjaya membuat penampilan semula dari bangku simpanan ketika Arsenal menundukkan Nottingham Forest 5-0 dalam saingan Piala EFL.

Pemain Sepanyol berusia 24 tahun itu masuk menggantikan Kieran Tierny pada minit ke-77 dan memberikan impak positif dengan membantu Joe Willock meledak jaringan ketiga Arsenal dalam perlawanan itu. 

Bellerin merupakan watak penting dalam kesebelasan utama Arsenal sebelum mengalami kecederaan namun Emery enggan mengambil risiko menurunkan pemain itu ketika berkunjung ke Old Trafford, Isnin depan. 

"Dia mahu beraksi penuh dan menyatakan dia sudah bersedia untuk beraksi. 

"Saya tidak berfikir begitu (untuk aksi menentang United). Mungkin dia rasa sudah bersedia tetapi kami perlu dengar nasihat doktor. 

"Penampilan semulanya sangat luar biasa...paling penting ialah sikap dia sendiri. Dia mahu membantu pasukan," kata Emery.

Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford pada 1 Oktober ini bagi menghadapi Manchester United dalam saingan liga dan perlawanan dijadualkan berlangsung pukul 3 pagi, waktu Malaysia.



Post a Comment

Previous Post Next Post