Emile Smith Rowe bakal diketepikan hampir dua minggu selepas mengalami kecederaan kepala ketika beraksi menentang Nottingham Forest kelmarin.
Pemain muda Arsenal tersebut telah diusung keluar selepas berlaga kepala dengan pemain Nottingham Forest, Jack Robinson.
Pemain tengah berusia 19 tahun tersebut telah mengalami gegaran otak selepas pertembungan kepala tersebut. Protokol FIFA menyatakan pemain tidak sepatutnya kembali bermain sekurangnya enam hari selepas mengalami insiden tersebut.
Emile Smith Rowe menerima rawatan di atas sebelum dibawa keluar padang |
Arsenal akan memberikan perhatian yang lebih terhadap Smith Rowe kerana usianya yang masih muda. Beliau mungkin tidak dapat disenaraikan dalam perlawanan Europa League menentang Standard Liege minggu hadapan.
Potensi pemain kelahiran Croydon ini mula dilihat sejak musim lepas, dan menjaringkan gol pertama dalam karier Arsenal beliau ketika menentang Qarabag dalam perlawanan peringkat kumpulan Europa League musim lepas.
Pada Januari lepas, beliau telah dipinjamkan ke kelab Jerman, RB Leipzig selama enam bulan namun tidak dapat banyak peluang bermain kerana masalah kecederaan.
Smith Rowe masih belum membuat penampilan Premier League lagi setakat ini.
Semoga cepat sembuh Emile Smith Rowe!