Shkodran Mustafi balas secara halus kritikan terhadap beliau.

Shkodran Mustafi hantar mesej sindiran kepada peminat Arsenal selepas merekodkan dua perlawanan tanpa bolos - clean sheets.


Pertahanan tengah Jerman, Shkodran Mustafi antara pemain paling terkenal di kalangan penyokong Arsenal.

Jika pada awal penyertaan beliau bersama Arsenal beliau sering dipuji namun dalam kebelakangan ini, beliau sering sahaja menjadi mangsa kecaman peminat dan penyokong Arsenal.

Beliau paling kuat menerima kecaman pada musim lalu dan musim ini beliau masih gagal membuat sebarang penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pun begitu, tanpa kelibat beliau dalam aksi liga, beliau masih menerima kecaman dan ejekan sehingga memaksa beliau meng'deaktifkan' ruangan komen untuk akaun Instagram beliau.

Masih gagal membuat sebarang penampilan liga, Mustafi bagaimana pun berjaya membuat dua penampilan untuk Arsenal musim ini apabila beraksi dalam saingan Europa, menentang Eintracht Frankfurt dan Piala Carabao, menentang Nottingham Forrest.

Menariknya, kedua-dua perlawanan yang beliau beraksi itu mencatatkan kemenangan tanpa bolos sekaligus mengundang perasaan teruja peminat The Gunners.

Teruja dengan persembahan Mustafi yang mampu mengekalkan gawang daripada dibolosi, seorang penyokong membuat kicauan di laman sosial Twitter memuji prestasi pertahanan tengah Arsenal itu.

"Saya tidak suka mengatakan ini tetapi Mustafi telah bermain dua perlawanan dan menyimpan dua rekod tanpa bolos."

Dan kicauan yang dibuat peminat Arsenal itu diciap kembali Mustafi dengan mengatakan "Maaf untuk mengekalkan dua perlawanan tanpa bolos."

Bagi penulis, aksi dan persembahan Mustafi sepatutnya mendapat pujian dari peminat Arsenal, dia bermain dengan baik tempoh hari, selepas menerima banyak kritikan dan kecaman, termasuklah di'boo', namun tidak terkesan sebaliknya memberikan persembahan terbaik beliau.


Dan bagi penulis dia sememangnya layak mendapat pujian daripada persembahannya itu dan diharapkan mampu kembali ke skuad utama dengan prestasi terbaik.
Arsenal akan bertemu Liverpool di pusingan keempat Piala Carabao dan dijadualkan berlangung pada 28/20 Oktober nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post