Emmanuel Frimpong Tidak Yakin Dengan Unai Emery

Emmanuel Frimpong menyatakan Arsenal masih jauh untuk menjadi pencabar kejuaraan liga musim ini.



Frimpong bersetuju dengan pendapat banyak pihak, bahawa masalah utama Arsenal adalah di bahagian pertahanan sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Emmanuel Frimpong

"Pertahanan kami sangat lemah jika dibandingkan dengan Liverpool atau Manchester City. David Luiz sudah melakukan beberapa kesilapan, dan saya lihat tidak ada banyak perbezaan antara Luiz dengan Mustafi. Saya lebih suka melihat Calum Chambers yang dipilih.

"Mereka perlu membeli pemain pertahanan yang lebih bagus, seperti [Kalidou] Koulibaly yang boleh memberikan impak besar kepada pasukan."

Pemain tengah Ghana ini, yang meningkat naik dari akademi lagi, juga tidak pasti Unai Emery adalah orang yang betul untuk membawa kelab ke tahap seterusnya.

"Saya tidak pasti jika Emery adalah orang yang betul untuk membawa Arsenal ke hadapan," katanya.

"Apa yang saya tahu, mereka (pemain-pemain Arsenal) memerlukan seseorang yang boleh memberikan mereka motivasi. Anda boleh lihat di Liverpool, mereka sangat bersemangat dalam setiap perlawanan, mereka sentiasa memberi tekanan kepada lawan mereka.

"Saya rasa pemain Arsenal kini sudah terlalu selesa. Mereka tetap boleh dipilih walau selepas bermain dengan buruk dalam perlawanan-perlawanan yang lalu.

"Dia perlu berada di empat tempat teratas, kami perlu mendaptatkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah tahun ini. Saya rasa dia boleh melakukan dengan baik jika dapat masuk ke UCL."

Frimpong juga percaya pertembungan Arsenal dan Manchester United di Old Trafford pada malam Isnin nanti juga tidak seperti dulu.

"Saingan PL semakin mencabar saban tahun, kerana kedatangan lebih ramai pemain bagus, dan ini membuatkan ianya lebih sukar.

"Pelbagai yang telah berlaku dalam PL sejak 10 tahun lepas, jadi kita harus mendapatkan pemain yang lebih bagus. Saya percaya Pep Guardiola adalah seorang pengurus yang hebat, tetapi dia tidak boleh mencapai tahap sebegini tanpa pemain-pemain sedia adanya.

"Senang sahaja - Arsenal perlu membeli pemain yang lebih bagus!" tegas Frimpong.

Post a Comment

Previous Post Next Post