Liverpool kemungkinan disingkirkan sebelum bertemu Arsenal dalam Piala Carabao

LIVERPOOL mungkin disingkirkan dari Piala Carabao - EFL kerana mereka menggunakan pemain yang tidak layak ketika menentang MK Dons.



Menurut Athletic, Liga Bolasepak (Football League) sedang menyiasat perkara itu.

Beberapa pemain Liverpool membuat penampilan pertama mereka dalam kemenangan 2-0 menentang MK Dons.

Caoimhin Kelleher, Sebb van der Berg, Herbie Kane, Harvey Elliott dan Rhian Brewster semuanya membuat penampilan untuk pasukan senior Reds dalam perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, penyertaan Pedro Chirivella mungkin menyebabkan Reds berada dalam penyingkiran. 

Pedro Chirivella, 22 tahun.
Menurut Paul Joyce dari Times, Liverpool kini menghadapi denda dan juga mungkin boleh disingkirkan dari persaingan.
Jurucakap Liverpool memberitahu Athletic:

"Kelab ini menyedari isu pentadbiran yang berpotensi berkaitan dengan salah satu pemain kami.

"Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuktikan fakta dan tidak akan membuat sebarang komen lanjut sehingga proses ini selesai."

Pasukan Jurgen Klopp bakal menghadapi Arsenal di pusingan keempat Piala Carabao - EFL Cup selepas mencatatatkan kemenangan 2-0 itu.

Walau bagaimanapun, saingan mereka dalam piala ini berada dalam ancaman, sekiranya didapati bersalah, Reds sama ada akan diberikan denda ataupun dikeluarkan dari persaingan.

"Kami sedang mempertimbangkan perkara itu," kata jurucakap EFL kepada Athletic.

Post a Comment

Previous Post Next Post