Monreal tidak menyesal malah sifatkan Emery seorang yang mahukan kesempurnaan.

MONREAL tidak mempunyai sedikit keraguan sejak meninggalkan Arsenal, sifatkan Emery seorang yang mahukan kesempurnaan.



Nacho Monreal adalah Basque, dia dilahirkan di Pamplona dan layak bermain untuk Athletic Bilbao.

*Basque - kumpulan etnik pribumi Eropah yang dicirikan oleh bahasa Basque, budaya yang sama dan keturunan genetik yang dikongsi dengan Vascones dan Aquitanian kuno.

Mereka (Athletic Bilbao) mempunyai kriteria pengrekrutan yang sangat ketat, bermakna mereka hanya boleh menandatangani pemain dari kolompok yang sangat terhad.

Dan Monreal merupakan salah eorang pemain berada dalam senarai yang dikehendaki dan mereka berulang kali meluahkan rasa minat untuk menandatanganinya, ketika pemain pertahanan kiri itu masih lagi terikat bersama Arsenal.


Sepanjang berada bersama The Gunners, khabar angin Athletic tidak pernah 'jauh' daripada pemain itu dengan hampir setiap jendela perpindahan terdapat sahaja tuntutan daripada pihak Basque akan cuba mencari kesepakatan untuk pemain Arsenal itu.

Bagaikan semakin hampir untuk perpindahan itu akan berlaku, Monreal akhirnya meninggalkan Liga Perdana Inggeris dan mengejutkan dimana pemain pertahanan kiri itu menandatangani kontrak bersama musuh setempat terbesar kelab itu, Real Sociedad.


Pada usia 33 tahun, Monreal telah diberikan kontrak dua tahun bersama kelab Sepanyol itu dan akan berakhir pada 2021, sudah tentu beliau sangat gembira dengan keputusannya itu.



Ditanya oleh Diario Vasco (tiga hari lalu) jika terlalu awal untuk mengatakan jika perpindahan itu berjaya, dia sangat positif mengenai keputusan yang telah dibuatnya dengan berkata:

"Saya tidak mempunyai sedikit pun keraguan pada bila-bila masa. Saya telah berada di sini sepuluh hari dan ianya sangat positif.

"Saya telah menjumpai apa yang saya inginkan, sebuah pasukan dengan pemain berkualiti, yang ingin bermain bolasepak dan dengan cara bermain yang sangat jelas, yang saya kenal pasti.

"Saya gembira, tenang, cuba menyesuaikan diri secepat mungkin dengan kelab baru ini. 

"Saya merasakan pengalaman saya dalam dunia bolasepak banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan cepat. Saya mahu menyumbang sekarang. "

Diario Vasco juga bertanyakan kepada Monreal mengenai perpindahan beliau itu sedikit sebanyak 'menyakitkan' pengendali Arsenal, Unai Emery:

"Itu perlu ditanya kepadanya (Emery). Saya membayangkan ada sesuatu kerana saya bermain dan dia mempunyai banyak kepercayaan kepada saya. 

"Bermain di kelab besar seperti Arsenal telah mejadi kenangan dan pengalaman yang sangat indah selama tujuh tahun. 

"Saya tidak menjangkakan bahawa ia akan menjadi begitu panjang (lama). Saya telah dapat bertemu ramai orang. "

Selanjutnya ditanya mengenai bagaimana perihal Emery, pertahanan veteran itu berkata: "Dia seorang jurulatih yang hebat. Dia adalah seorang yang hidup dan sukakan bolasepak. Dia 'gila' dengan bolasepak. Dia mempunyai karekter, bercita-cita dan seorang yang 'perfectionist'. "

Dan malam tadi, beliau (Monreal) membuktikan bahawa kata-katanya itu (tiga hari sebelum ini) bukanlah omong kosong apabila menjaringkan satu gol ketika membantu Real Sociedad menewaskan Atletico Madrid, 2-0.


Post a Comment

Previous Post Next Post