Fakta perlawanan North London Derby, Arsenal vs Tottenham.

ARSENAL bakal berdepan musuh tradisi, Tottenham dilaman sendiri malam ini di Stadium Emirates jam 11.30 malam waktu Malaysia.



Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini lebih dikenali dengan gelaran North London Derby ataupun singkatan #NLD dan berikut adalah fakta-fakta menarik melibatkan pertembungan dua pasukan ini.

Arsenal telah memenangi dua daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka menentang Tottenham (M:2 S:5 K:3), dengan kedua-dua kemenangan The Gunners dicatatkan di Emirates pada dua musim terdahulu.

Tottenham pula hanya memenangi satu daripada 26 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka ketika berkunjung ke Arsenal (M:1 S:10 K:15), yang mana mereka mencatatkan kemenangan 3-2 pada November 2010. 

Selepas 17 hari mengalami kekalahan kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Spurs berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 di Emirates dalam saingan Piala Liga musim lalu.

Spurs telah memenangi perlawanan berturut-turut dilaman lawan (Arsenal) sekali sahaja, iaitu pada tahun 1925 dan 1926.

Lima gol dari 14 gol terakhir dalam perlawanan Liga Perdana antara Arsenal dan Spurs adalah dihasilkan daripada sepakan penalti.

Hanya Everton vs Newcastle United mencatatkan penalti paling banyak dalam saingan Liga Perdana dengan 18 penalti.

Arsenal dikalahkan oleh Crystal Palace di laman sendiri yang merupakan kali terakhir mereka mengalami kekalahan London Derby.

Dan The Gunners tidak pernah mengalami kekalahan 'back-to-back' dalam Derby London dilaman sendiri semenjak Februari 2006, apabila tewas kepada Chelsea dan West Ham.

Arsenal telah memenangi lebih banyak perlawanan Liga Perdana (60) dan mempunyai kadar kemenangan yang lebih tinggi (61%) daripada mana-mana pasukan lain dalam perlawanan yang dimainkan pada bulan September.

Arsenal juga tidak mengalami sebarang kekalahan dalam Derby London Utara pada bulan ini (September) untuk sebarang pertandingan sejak 1969 dengan memenangi enam dan seri empat.

Selain Watford yang tidak mencatatkan sebarang mata dalam tiga perlawanan pertama liga, Tottenham merupakan salah satu daripada dua pasukan yang telah bolos terlebih dahulu dalam kesemua tiga perlawanan pertama Liga Perdana mereka musim ini.

Tottenham gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan liga terakhir mereka (S:1 K:6).

Mereka (Spurs) mencatatkan rekod tanpa kemenangan paling lama di antara Disember 2011 hingga April 2012 (8 perlawanan).

Harry Kane merupakan pemain Spurs ketika ini yang telah menjaringkan gol terbanyak buat pasukan itu ketika menentang Arsenal dengan sembilan gol dijaringkan beliau bagi semua pertandingan (menentang Arsenal).


Manakala Emmanuel Adebayor ketika bersama Arsenal merupakan penjaring terbanyak bersama Bobby Smith (Spurs), kedua-duanya telah menjaringkan 10 gol, yang merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah melibatkan pertembungan kedua-dua pasukan ini.

Pengendali Arsenal, Unai Emery telah memenangi semua empat perlawanan liga di laman sendiri ke atas Mauricio Pochettino, memenangi tiga perlawanan bersama Valencia ketika menentang Espanyol (yang dibimbing oleh Pochettino) antara 2009-10 dan 2011-12 serta bersama Arsenal musim lalu melawan Spurs.

Penyerang Spurs, Harry Kane telah menjaringkan sembilan gol dalam sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal, hanya Wayne Rooney (12 gol) dan Robbie Fowler (10 gol) telah menjaringkan lebih banyak gol Liga Perdana menentang The Gunners.

Christian Eriksen hanya kekurangan satu gol untuk menjadi pemain kelima menjaringkan 50 gol dalam Liga Perdana Inggeris untuk Tottenham.

Bagaimanapun, beliau tidak pernah menjaringkan gol dalam 11 penampilan sebelum ini ketika menentang Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post