MENENTANG Spurs malam tadi, Unai Emery sekali lagi turun dengan formasi 4-3-3 di stadium Emirates.
Bezanya kali ini posisi yang di isi Ceballos minggu lalu digantikan dengan Torreira. Secara mudahnya Emery tidak mahu apa yang terjadi di Anfield sekali lagi berulang.
— SPORTbible (@sportbible) September 1, 2019
Meletakkan Torreira menampakkan Emery mahukan bahagian tengah sedikit kehadapan walaupun Torreira adalah DMF.
Namun masalah sama berulang kerana Torreira juga tidak mampu bersaing secara fizikal dengan pemain Spurs.
Juga diperlawanan ini kesilapan pertahanan dihukum dengan mudah. Kalau bukan Luiz, mesti Sokratis yang akan membuat stupid mistake.
Kali ini Sokratis dihukum kerana Spurs banyak cuba menembusi pertahanan Arsenal dibahagian Niles yang terlalu meninggalkan posisinya.
Harry Kane has now scored six penalties against Arsenal in the Premier League, only Alan Shearer (7 vs. Everton) has netted more against a single side in the competition’s history.— Squawka Football (@Squawka) September 1, 2019
Spot on in the NLD again. ⚽️ pic.twitter.com/fQUvjOK3yn
Tiga serangkai menyerang Arsenal buat masa ini masih lagi kurang sharp, dengan Pepe masih lagi mencari rentak penyudah.
Sistem 3 attacking ini sebenarnya tidak sesuai untuk serangan Arsenal, sebab Aubameyang terpaksa keluar dari kotak untuk memberi dan mencipta ruang kepada Laca, dengan Pepe hanya kekal dibahagian dia sahaja.
Buat masa ini kalau Emery nak juga Auba, Laca dan Pepe terpaksalah Arsenal cuba main 4-3-2-1 seperti diseparuh masa kedua untuk melihat potensi tiga serangkai ini.
Kita perlu berterima kasih kepada MOTM pada perlawanan tadi iaitu Guendouzi yang sangat efektif. Dengan hantaran masterclass membolehkan Aubameyang mudah menewaskan Lloris.
Guendouzi pada perlawanan ini ada dimana-mana sudut padang, sedikit sebanyak mencegah kesilapan Xhaka kepada situasi lebih buruk.
Perlawanan kali ini berada ditangan Guendouzi, jika sebelum ini Xhaka mengheret Guendouzi bersama-sama membuat kesilapan, kali ini Guendouzi tidak terkesan dengan kerenah Xhaka. Top class fokus, ini lah permainan midfielder yang kita mahukan.
Game changer pada malam tadi adalah Danny Ceballos, nasib baiklah Emery memasukkan Ceballos diawal separuh masa kedua.
Dengan adanya dia, Arsenal berjaya melepasi bahagian tengah Spurs dengan kerap, berbeza dengan Torreira.
Ceballos pada kali ini betul-betul bermain bolasepak seperti sebelum perlawanan menentang Liverpool tempoh hari.
Mikhi tak sepatutnya masuk menggantikan Laca, kemasukan beliau sedikit merencatkan pergerakan serangan The Gunners.
Permainan yang bagus direncatkan sedikit kesilapan taktikal dari Unai Emery. Sekurang-kurangnya Arsenal mendapat gol dengan cara 'bermain' bolasepak melihatkan gol Laca dan Auba yang classy, berbanding Spur yang mendapat gol dengan berharapkan kepada silly mistake dari pihak lawan.
2-2 di Emirates bukan sesuatu yang fans harapkan dan bukan satu keputusan yang bagus dengan permainan yang agak jitu.
#COYG
Nukilan : Niv Emero