Gol kemenangan Arsenal ketika menentang Aston Villa pada Ahad lepas sepatutnya dibatalkan kerana tidak mematuhi peraturan di mana pemain pasukan yang sedang menyerang tidak boleh mengganggu benteng pasukan yang sedang bertahan.
Pierre-Emerick Aubameyang meledakkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-84 untuk pasukannya, yang bermain 10 orang sepanjang separuh masa kedua, menang 3-2 ke atas Villa.
Jaringan kemenangan Pierre-Emerick Aubameyang sepatutnya dibatalkan |
Namun pegadil perlawanan terlepas satu perkara penting.
David Luiz dan Calum Chambers berdiri dalam lingkungan satu meter dari benteng Villa, dan Chambers juga dilihat mencuba untuk menghalang penglihatan Tom Heaton semasa rakan-rakannya menyusun strategi untuk mengambil sepakan percuma tersebut.
Di bawah undang-undang baru International Football Association Board (IFAB), Villa seharusnya diberikan sepakan percuma kerana insiden itu.
Pemain pertahanan tengah Aston Villa, Tyrone Mings dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengadil, Jon Moss kerana gagal melaksanakan peraturan baru itu sambil menunding jari ke arah Chambers.
*Professional Game Match Officials Board (PGMOL) berkata bahawa isu perlanggaran peraturan mengenai benteng pertahanan tidak termasuk dalam perkara video assistant referee (VAR).
Namun pihak Sportsmail telah menghubungi IFAB untuk mengetahui mengapa gol yang tidak sah dibenarkan untuk kekal.
VAR sepatutnya digunakan untuk membantu pengadil perlawanan dalam keadaan 'kesilapan yang jelas dan nyata' atau 'insiden serius yang terlepas pandang'. Dan ianya termasuklah melibatkan gol.
Dari kiri: Kolasinac, Chambers dan Willock meraikan jaringan gol Aubameyang |
Salah seorang penulis Sportsmail, Mark Clattenburg berkata: 'Pada pendapat saya, gol tersebutnya sepatutny dibatalkan. Terdapat kesalahan yang berlaku sebelum gol tersebut dijaringkan, dan VAR sepatutnya digunakan untuk memeriksa perkara tersebut.
'Chambers berdiri dalam lingkungan satu meter dari tempat mengambil sepakan percuma. Dan gol tersebut sepatutnya dibatalkan dan Villa diberikan sepakan percuma secara tidak langsung.
Peraturan baru mengenai benteng pertahanan telah diperkenal pada Jun lepas namun jarang digunakan di dalam Premier League.
Peraturan 13.3 dalam Undang-Undang Perlawanan IFAB: 'Jika sepakan percuma diambil, dan pemain pasukan menyerang adalah kurang dari satu meter dari 'benteng' yang dibentuk oleh tiga atau lebih pemain pasukan pertahanan lawan, sepakan percuma secara tidak langsung seharusnya diberikan.'
*PGMOL: Adalah badan yang bertanggungjawab ke atas pegawai-pegawai perlawanan bolasepak profesional Inggeris.
Ditubuhkan pada tahun 2001, badan ini akan mengeluarkan senarai pegawai perlawanan yang akan bertugas dalam perlawanan yang dipertandingkan di Premier League, English Football League (EFL) dan Football Associations (FA).