Aubameyang hero sebenar The Gunners, tepati ramalan.

AUBAMEYANG tepati ramalan muncul watak penting dalam perlawanan malam tadi.

Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi perlawanan dalam aksi penuh mendebarkan.

Ketinggalan dua kali dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain, The Gunners tampil dengan semangat juang tinggi untuk menewaskan Aston Villa 3-2.

Keputusan tersebut membuatkan Arsenal kini kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, namun mengalami jurang perbezaan mata begitu ketara dengan pendahulu liga, Liverpool yang mengumpul 18 mata.


Sepakan percuma Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-84 melengkapkan kebangkitan The Gunners untuk memberikan tiga mata berharga kepada Arsenal.
Aksi cemerlang Auba pada perlawanan malam tadi bukan sahaja kerana menjaringkan gol kemenangan, malahan beliau juga boleh dikatakan punca kebangkitan Arsenal apabila dilihat berjaya mengembalikan moral rakan sepasukan, terutamanya Pepe.

Tindakan Auba yang memberikan Pepe untuk melakukan sepakan penalti jelas mengingkari arahan Emery yang menugaskan pemain itu (Auba merupakan pilihan utama Emery) untuk melakukan ataupun mengambil sepakan penalti.

Pun begitu, pengendali Arsenal, Unai Emery tetap memuji tindakan Auba itu.

Bagi saya dua perkara boleh dipelajari hari ini. Satu ialah perwatakan, semangat dan hubungan dengan penyokong. Dan kedua bagaimana kami boleh perbaiki di bahagian pertahanan,” kata Emery.

Ia adalah keputusan yang besar untuk memberikannya peluang, untuk memberikannya keyakinan.

Tanggungjawab sebenarnya ialah kepada Aubameyang.

Dia setiap hari mahu menjaringkan gol, untuk mencapainya sebagai penanda aras individu, jadi keputusan itu dibuat oleh eorang pemain yang hebat.” kata Emery.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan dua watak penting bagi kedua-dua pasukan menepati ramalan apabila Auba dan McGinn ,kedua-duanya beraksi cemerlang.

McGinn membuatkan The Gunners tergamam pada babak pertama apabila bijak menyempurnakan antaran Anwar El Ghazi pada minit ke-20 selepas beberapa kali menguji Bernd Leno daripada luar kotak penalti.

Dan Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh 50 minit selepas Ainsley Maitland-Niles dilayangkan kad kuning kedua akibat mengasari Neil Taylor, empat minit sebelum tamat babak pertama.

Namun ianya tidak melemahkan semangat juang anak buah Emery untuk bangkit dan memenangi perlawanan 3-2.


Selain Auba, Matteo Guendouzi juga layak menerima pujian dengan aksi cemerlang beliau.

Sorotan Perlawanan

Post a Comment

Previous Post Next Post