Laporan Perlawanan: London City Lionesses (0) - (5) Arsenal Women

Laporan The FA's Women Continental League Cup 2019/20 (Game 1)

London City Lionesses (0) - (5) Arsenal Women
22 September 2019
Stadium Prince Park

Penjaring gol:
28' Beth Mead
33' Jill Roord
54' Emma Mitcell
57' Beth Mead
79' Beth Mead


Senarai kesebelasan utama: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Leonie Maier, Viktoria Schnaderbeck, Leah Williamson '74, Emma Mitchell; Lia Walti '46, Jordan Nobbs (C), Jill Roord; Melisa Filis, Beth Mead, Danielle van de Donk '65.

Simpanan: Manuela Zinsberger (GK), Jennifer Beattie ▲'46, Ruby Grant ▲'65, Katie McCabe ▲'74 , Kim Little, Vivianne Miedema


Beth Mead
Penyerang skuad wanita Arsenal, Beth Mead menjaringkan tiga gol membantu pasukannya memulakan kempen The FA's Women Continental League Cup dengan baik, membenam London City Lionesses 5-0 di tempat lawan.

Arsenal Women ditempatkan di dalam kumpulan B bersama Brighton & Hove Albion Women, Bristol City Women, Charlton Athletic Women, London Bees, dan London City Lionesses.

Pemain tengah antarabangsa Switzerland, Lia Walti dinamakan dalam kesebelasan utama pasukan selepas berehat selama sembilan bulan kerana kecederaan lutut yang serius. 

Pauline Peyraud-Magnin, Emma Mitchell dan pemain produk akademi, Melissa Filis juga membuat penampilan pertama kesebelasan utama mereka musim ini.

Anak buah Joe Montemurro memulakan perlawanan dengan bertenaga apabila Mead membuat percubaan dari jarak jauh dan memaksa penjaga gol lawan, Lucy Thomas membuat save yang sukar.

Rembatan rendah pemain antarabangsa Belanda, Jill Roord juga berjaya diselamatkan di atas garisan gol.

Mead menjaringkan gol pertama perlawanan selepas mendapatkan bola dari udara sebelum menggelecek melepasi dua pemain pertahanan lawan sebelum merembat deras ke dalam gawang gol.

Roord menjaringkan gol kedua dalam karier Arsenalnya apabila merembat cantik ke penghujung atas kiri gawang gol untuk gol kedua Arsenal sebelum tamat separuh masa pertama.

Arsenal Women terus melakukan serangan demi serangan, dan berjaya memperolehi gol menerusi Emma Mitchell, sebelum Mead menjaringkan gol kedua dan ketiga peribadinya sebelum tamat perlawanan.

"Saya suka bermain sebagai No.9. Saya biasa bermain di posisi itu ketika bersama Sunderland, jadi saya rasa gembira untuk kembali bermain di siitu dan berjaya membantu pasukan menjaringkan beberapa gol," kata Beth Mead.

"Kami perlu menguruskan para pemain kami. Jadi kami mencampurkan pasukan kami dan agak sukar untuk membiasakan sesama sendiri apabila di atas padang tetapi kedua-dua pihak sangat profesional dalam perlawanan ini.

"Mereka sangat berdaya saing. Anda akan berasa lebih gemuruh bila semakin lama tidak menjaringkan gol. Saya berasa sedikit lega selepas mendapatkan gol awal, sebelum mula mencari rentak dan berjaya menjaringkan beberapa gol lagi," sambung Mead.

Arsenal Women kini menduduki tempat pertama Kumpulan B dengan perbezaan gol +5.

Sumber: arsenal.com, womenscompetition.fa.com

Post a Comment

Previous Post Next Post