Granit Xhaka balas kritikan terhadap dirinya.

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka 'membalas serangan' mereka yang mengkritik prestasinya ketika aksi derby Utara London.


Pemain tengah Switzerland itu dikritik oleh para pemerhati dan peminat bolasepak ekoran prestasi serta tindakan beliau ketika menentang Tottenham.

Tindakan Xhaka yang melakukan terjahan terhadap Son dianggap 'bodoh' kerana memberikan sepakan penalti kepada Spurs serta bersikap sangat acuh tak acuh.
Pengulas serta pundit, Gary Neville menyifatkan terjahan Xhaka terhadap penyerang Spurs, Son sebagai 'kegilaan mutlak', manakala legenda Arsenal, Ian Wright berkata bahawa pemain berusia 26 tahun itu 'tidak mengenal bahaya' dalam situasi defensif, sambil menambah bahawa Joe Willock mampu menyaingi pemain itu untuk tempat di dalam skuad The Gunners.




Bagaimanapun, bercakap mengenai tugas antarabangsa bersama Switzerland, Xhaka membalas pengkritik dengan mengatakan bahawa mereka hanya bercakap mengenai kesilapan itu sahaja tanpa melihat dan menilai aksi keseluruhan beliau dan pasukan.

"Sudah tentu pengkritik sentiasa di sini," katanya kepada Sky Sports.

"Derby Utara London, saya fikir kami mempunyai permainan yang bagus. Saya membuat kesilapan dengan penalti tetapi jika anda melihat keseluruhan perlawanan, kami boleh menang.

"Kami mempunyai banyak peluang tapi ini bolasepak. Tiada siapa yang bercakap tentang peluang, tiada siapa yang bercakap tentang berapa banyak yang kita terlepas. Mereka sentiasa bercakap tentang kesilapan.

"Ini adalah sebahagian daripada bolasepak."

Tidak dapat dinafikan dimana Xhaka sememangnya membuat kesilapan pada perlawanan tersebut, namun untuk melihat pasukan terus maju dan mampu memberikan cabaran, tindakan mengkritik keterlaluan terhadap pemain, ada kalanya tidak memberi kebaikan kepada pasukan serta pemain itu sendiri.

Penulis berharap agar Xhaka terus maju dan memperbaiki kelemahan serta mengurangkan kesilapan ketika beraksi.


Boom!Xhakalaboooommmmm!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post