Joe Willock Setuju Kekal Lebih Lama Bersama Arsenal, Tandatangani Kontrak Lanjutan Jangka Masa Panjang

Joe Willock menandatangani kontrak baru lanjutan jangka masa panjang bersama Arsenal selepas menampil beberapa aksi yang baik dalam perlawanan-perlawanan pra-musim dan Premier League (PL) musim ini.

Si bongsu dari tiga beradik yang aktif bermain bolasepak secara profesional ini mula mendapatkan kontrak biasiswa bersama Arsenal sebelum bermula musim 2015/16, dan tanggal 12 September 2019, beliau mendapat kontrak baru ganjaran hasil siri persembahan baiknya musim ini. 



Tahniah Joe kerana menandatangani kontrak baru. Bagaimanakah perasaan anda dapat tambah lagi masa anda di Arsenal?
Berada di kelab ini sahaja sudah menggembirakan saya dan saya sentiasa mahu bermain untuk skuad utama Arsenal. Dan kini saya melakukannya, sudah menjadi impian saya sejak saya berusia empat tahun setengah. Saya berasa sungguh hebat, begitu juga dengan keluarga saya apabila saya menandatangani kontrak baru ini.

Apakah yang ada di Arsenal yang membuatkan anda rasa seperti di rumah sendiri dan mengetahui bahawa ini adalah tempat yang terbaik untuk meneruskan perkembangan diri anda?
Sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang membesar di akademi, saya sentiasa mahu bermain di Emirates, di hadapan para penyokong kelab. Saya memang sudah mengetahui di dalam hati dan minda saya bahawa inilah kelab yang betul untuk saya. Dan saya rasa sungguh hebat kerana dapat membawa masa depan saya di sini.

Seperti yang anda katakan, anda sudah lama berada di sini. Bagaimanakah tahap dorongan yang ditunjukkan oleh Unai Emery dan pihak kelab yang memberikan peluang kepada para pemain muda yang meningkat naik dari akademi kita?
Seperti yang anda lihat, pengurus telah meletakkan kepercayaan yang tinggi bukan sahaja terhadap diri saya tetapi kepada para pemain muda yang lain pada musim ini. Ini satu dorongan yang baik. Beliau sentiasa memberikan dorongan kepada kami dalam setiap sesi latihan, dan dapat bermain di hadapan peminat-peminat bersama kawan-kawan baik saya sangat menakjubkan. Saya hanya bermain di tahap terbaik saya dan meneruskannya setiap hari.

Anda bermain dengan baik pada permulaan musim ini. Adakah akan ada lagi yang akan ditunjukkan anda?
Saya hanya perlu terus bekerja keras dan bermain di tahap terbaik saya. Saya rasa saya boleh menjaringkan beberapa gol dan membuat bantuan gol. Sentiasa memberikan kesan terbaik dalam perlawanan, membantu pasukan untuk menang. Saya rasa saya boleh menjaringkan beberapa gol.

Apakah sasaran peribadi anda sehingga hujung musim ini?
Sudah tentu saya mahu bermain setiap minggu bersama skuad utama dan menunjukkan apa yang saya boleh lakukan. Itulah matlamat utama saya, masuk dan menetapkan diri dalam skuad utama, bermain setiap perlawanan, dan menunjukkan apa yang saya boleh lakukan kepada para peminat.

Sumber: Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post