Arsenal akan kembali beraksi dalam PL selepas habis minggu perlawanan antarabangsa, menentang Watford di Vicarage Road pada hari Ahad ini.
Pengurus Arsenal, Unai Emery mengharapkan dua pemain tengahnya Granit Xhaka dan Lucas Torreira sudah bersedia untuk beraksi minggu ini.
Watford bakal diterajui oleh pengurus baru, Quique Sanchez Flores, yang kembali ke kelab tersebut menggantikan Javi Garcia yang telah dipecat pada 7 September lalu.
Emery mempunyai pilihan pemain yang mencukupi untuk perlawanan hujung minggu ini namun masih kehilangan khidmat Hector Bellerin dan Kieran Tierney.
Kedua-dua pemain pertahanan tersebut masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan masing-masing.
Apabila ditanya tarikh kemungkin mereka berdua akan kembali beraksi, Emery menjawab: 'Belum lagi. Ianya bergantung dengan perkembangan mereka pada minggu-minggu akan datang.'
'Mungkin kami akan berikan mereka bermain dalam skuad bawah 23 tahun, menambah lagi keyakinan diri, mencari rentak yang lebih baik supaya bersedia 100% untuk bermain bersama kami.
'Kami perlu melihat setiap langkah seterusnya dalam setiap sesi latihan dan jika kami membuat keputusan untuk memainkan mereka bersama skuad bawah 23 tahun. Mereka telah menyertai sesi latihan secara normal bersama kami buat pertama kali pada minggu ini.'
Kami akan membuat keputusan dua minggu lagi bagaimana mereka akan bermain bersama skuad bawah 23 tahun dan bersama kami.'
Selain Bellerin dan Tierney, Emery juga memberikan perkembangan kecederaan Rob Holding: 'Beliau semakin hampir untuk beraksi dengan kami setelah bermain beberapa perlawanan lagi bersama skuad bawah 23 tahun.'
'Buat masa ini, kami mempunyai tiga pemain pertahanan tengah untuk perlawanan Ahad ini. Jika termasuk Rob dan Mavropanos, kami mempunyai enam pemain pertahanan tengah.