Jose Mourinho sebagai pengganti Unai Emery... kegilaan apakah ini?

HEAVY D mahukan Arsenal menggantikan Unai Emery dengan Jose Mourinho.



Prestasi tidak menentu Arsenal dalam musim-musim terakhir dibawah kendalian Arsene Wenger membawa desakan untuk menggantikan pengurus tersebut dan akhirnya para peminat dan penyokong Arsenal menerima nafas baru apabila The Gunners melantik Unai Emery pada musim lalu (2018/19).


Unai Emery baru memasuki musim kedua mengemudikan Arsenal dan musim ini baru sahaja empat perlawanan diharunginya.

Pencapaian beliau musim lalu boleh dianggap membanggakan dengan membawa Arsenal ke peringkat akhir Liga Europa walaupun gagal memenangi perlawanan akhir itu.

Rekod perbandingan Arsene Wenger dimusim terakhir dan Unai Emery pada musim pertama bersama Arsenal.
Saingan Arsene Wenger
(2017/18)
Unai Emery
(2018/19)
Liga Perdana 6 5
Piala FA Pusingan Ketiga Pusingan Keempat
Piala Liga Akhir
(tewas 0-3 kepada Man.City)
Suku Akhir
Liga Europa Separuh akhir Akhir
(tewas 1-4 kepada Chelsea)

Walaupun berjaya membawa sedikit pembaharuan kepada Arsenal, namun ianya bagaikan tidak mencukupi buat sebilangan peminat The Gunners apabila terdapat suara untuk meminta Arsenal menggantikan Unai Emery di Emirates.

Mengikut Heavy D, beliau mengatakan Emery tidak cukup bagus untuk menggalas jawatan tersebut di Emirates dan mahukan Mourinho sebagai pengganti.

Walaupun berdasarkan kepada rekod musim terakhir Wenger dan musim pertama Emery bersama Arsenal, jelas terdapat sedikit peningkatan, namun bagi Heavy D ianya masih tidak mencukupi.

Heavy D percaya Mourinho seharusnya menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan The Gunners di Stadium Emirates sebagaimana didedahkan beliau pada The Podcast Terrace Podcast.

Heavy D gembira sekiranya Mourinho menjadi pengendali Arsenal.
"Adakah anda mahu pendapat saya yang jujur?" jelas Heavy D.

"Pendapat jujur saya, 100 peratus merasakan bahawa Unai Emery belum cukup bagus.

"Saya tidak, saya fikir dia seorang lelaki yang terlalu kasual, dia mempunyai sedikit Claudio Ranieri di dalamnya.

"Dia mengganggu dengan pasukannya terlalu banyak, dia tidak cukup konsisten dalam pemilihan pasukannya.

"Dia tidak tahu kesebelasan terbaiknya dan tidak tahu apa yang dia mahukan, yang mana ianya bukan tanda yang baik."

"Musim lepas, dia merosakkannya secara menyeluruh. Benar-benar merosakkannya. "

Rekod perbandingan Arsene Wenger dan Unai Emery
(pengguna mobile phone, slide ke kiri untuk melihat paparan penuh jadual)
Saingan Rekod - Arsene Wenger 2017/18 Rekod - Unai Emery 2018/19
P M S K J B +/- Win % P M S K J B +/- Win %
Premier League 38 19 6 13 74 51 +23 50.00 38 21 7 10 73 51 +22 55.26
Community Shield 1 0 1 0 1 1 +0 0.00 - - - - - - - -
FA Cup 1 0 0 1 2 4 −2 0.00 2 1 0 1 4 3 +1 50.00
EFL Cup 6 4 1 1 6 5 +1 66.67 3 2 0 1 5 4 +1 66.67
Europa League 14 8 3 3 30 12 +18 57.14 15 11 1 3 30 13 +17 73.33
JUMLAH 60 31 11 18 113 73 +40 51.67 58 35 8 15 112 71 +41 60.34

Walaupun Heavy D gembira sekiranya Mourinho menggantikan Emery, namun ianya tidaklah dalam masa terdekat ini.

Beliau turut memberi peluang kepada Emery untuk membuktikan pencapaian sehingga akhir musim ini.

Dan sekiranya gagal dalam menempatkan diri dalam kelompok empat teratas liga, sudah pasti Emery sememangnya layak dipecat mengikut pendapat Heavy D.

Anda boleh tonton video dibawah berkenaan pendapat Heavy D.


Adakah anda bersetuju dengan Heavy D... dan adakah anda memilih Mourinho sebagai pengedali Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post