Kapten Arsenal akan diputuskan melalui undian para pemain secara rahsia.

Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memasuki minggu ketujuh minggu ini, namun Unai Emery masih belum mengumumkan senarai rasmi kapten pasukan Arsenal.



Rob Holding telah mendedahkan bahawa pemain-pemain Arsenal telah diminta untuk mengundi siapakah yang menjadi pilihan mereka untuk tanggungjawab kapten pasukan musim ini.

Granit Xhaka telah memakai armband pada minggu-minggu terawal musim 2019-20 dengan Ketua Jurulatih Arsenal, Unai Emery masih belum mengesahkan kapten tetap The Gunners.

Musim lalu Emery menamakan sekumpulan lima kapten pasukan termasuk Xhaka dan Mesut Ozil tetapi tiga daripada mereka, Laurent Koscielny, Petr Cech dan Aaron Ramsey tidak lagi bersama Arsenal.

"Dia menyukai lima kapten, kami semua mengundi pada minggu yang lain, jadi kami akan lihat apa yang akan berlaku dan siapa yang dinamakan," kata Holding.

"Ianya adalah menuliskan nama (calon) dan kemudian memberikannya kepada pengurus dan dia akan meneruskannya dengan inputnya dan kita akan melihat apa yang berlaku.

"Saya tidak tahu (apabila pengumuman akan dibuat), tetapi ada banyak pemimpin dalam pasukan itu yang saling membantu dan mendorong satu sama lain."
,br>
Perkara undian dikalangan pemain untuk memilih calon kapten pasukan bukanlah sesuatu yang baru, dimana David Silva terpilih menjadi kapten Manchester City selepas undian yang dilakukan dikalangan pemain kelab itu.

Dan berbalik kepada Arsenal, prestasi cemerlang Holding ketika menggalas tanggungjawab kapten pasukan setelah Ozil digantikan, mengundang perasaan teruja peminat untuk melihat pemain muda itu diberikan peranan tersebut (kapten pasukan).

"Saya suka menjadi kapten dan menjadi kapten Arsenal sememangnya sukar untuk digambarkan," katanya.

"Ia akan menjadi satu perasaan yang hebat, kita akan melihat apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang, jika saya terpilih, saya akan lebih gembira.

"Ketika saya diberitahu saya akan menjadi naib kapten, ia adalah satu penghormatan. Sebaik sahaja Mesut dikeluarkan, saya tahu saya mendapat armband, jadi ia adalah masa yang sangat hebat untuk saya."

Walaupun Holding enggan mendedahkan pilihan beliau dalam memilik kapten, namun beliau menggambarkan Xhaka sebagai pemimpin yang hebat dan juga memuji pengaruh pemain pertahanan berpengalaman yang ditandatangani musim ini, David Luiz.

Ditanya sama ada Arsenal mempunyai lebih banyak pemimpin berbanding apa pengkritik katakan (tidak mempunyai pemimpin) Holding berkata:

"Pasti, anda dapat melihatnya dalam latihan, seperti cara David Luiz masuk dan ketika dia berbicara di depan kelompok, dia berbicara dengan baik."

Arsenal telah dikritik berulang kali kerana kurangnya kepimpinan yang berkualiti semenjak musim-musim terakhir Arsene Wenger bersama kelab.

Boleh dikatakan kapten terakhir yang bagus dimiliki Arsenal adalah Patrick Vieira dan mungkin juga Thomas Vermaelen.

Siapakah yang anda rasakan layak menjadi kapten?

Xhaka
Aubameyang
Ozil
Holding
Kolasinac
David Luiz
Leno
Other
Please Specify:

Post a Comment

Previous Post Next Post