Kehadiran David Luiz merupakan satu bencana buat Arsenal menurut pundit.

PUNDIT merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang pakar dalam bidang tertentu dan dipanggil untuk memberikan pendapat mereka kepada orang ramai.



Perkataan Bahasa Inggeris itu juga turut membawa maksud seseorang yang memberi pandangan secara berwibawa (boleh dipercayai) dan kebiasaannya dibuat melalui media massa serta lebih bersifat pengkritik.

Berbalik kepada Arsenal, penulis sendiri tidak dapat memahami mengenai tindakan Arsenal yang membawa masuk bekas pemain Chelsea, David Luiz ke Emirates musim ini.

Memang benar kita memerlukan pemain pertahanan berpengalaman pada posisi tersebut, lebih-lebih lagi bahagian pertahanan kita dilihat sangat kritikal sebelum ini.

Namun kehadiran David Luiz bukanlah jawapan kepada permasalahan yang dihadapi kita selama dan ketika ini.

Walaupun statistik beliau dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu lebih baik jika dibandingkan dengan statistik Sokratis, namun bagi penulis, beliau bukanlah seorang pemain yang mampu menyelesaikan permasalahan benteng pertahanan Arsenal.

Berdasarkan statistik EPL musim lalu, bagi penulis, pemain pertahanan Arsenal yang sering menerima kecaman, Mustafi adalah jauh lebih baik dari Luiz (secara keseluruhannya).

Stats Luiz Sokratis Mustafi
Clean sheets 15 5 5
Goals conceded 36 33 40
Tackles 41 42 62
Tackle success % 76% 60% 73%
Last man tackles 1 1 0
Blocked shots 14 2 1
Interceptions 35 26 58
Clearances 144 108 161
Headed Clearance 83 43 106
Clearances off line 1 0 1
Recoveries 203 102 116
Duels won 162 127 200
Duels lost 122 98 119
Successful 50/50s 10 6 8
Aerial battles won 82 56 123
Aerial battles lost 72 45 62
Own goals 0 0 0
Errors leading to goal 1 0 1

Dan kemasukkan Luiz diibarat menggantikan Mustafi dengan 'Mustafi' yang sering dikecam dan dipertikaikan kebolehan beliau bersama Arsenal.

Walaupun penulis hanya mempertikaikan kemampuan bekas pemain Chelsea itu yang mana ianya dikatakan mampu memberikan kekuatan kepada Arsenal, namun pundit BBC, Noel Whelan menceritakan lebih teruk mengenai kehadiran pemain itu bersama The Gunners.

Noel David Whelan, 44 tahun yang kini menjadi pundit BBC.
Bekas penyerang Leeds United dan Coventry City itu kini menjadi komentator bersama untuk semua pertandingan Leeds United di BBC Radio Leeds dan juga menjadi sebahagian pundit jemputan untuk rancangan BBC lain, malah beliau juga di jemput dalam rancangan Sky Sports News, mengatakan bahawa kehadiran Luis merupakan 'bencana' kepada Arsenal.

Bercakap secara eksklusif kepada Football Insider, Neol Whelan bagaikan tidak percaya bahawa Arsenal cuba menyelesaikan masalah pertahanan dengan menandatangani pemain Brazil itu.

Whelan juga menerangkan bagaimana rakan sepasukan Luiz di Arsenal tidak akan mempercayai pertahanan tengah itu kerana mempamerkan corak permainan yang sering melakukan kesilapan dan paling ketara ketika melakukan cabaran dalam perlawanan berkesudahan seri 2-2 menentang Watford.


Pierre-Emerick Aubameyang cemerlang dengan menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk The Gunners mendahului perlawanan tetapi Hornets bangkit menyamakan kedudukan melalui Tom Cleverley dan penalti Roberto Pereyra yang 'dihadiahkan' oleh Luiz.

"David Luiz bukan jawapan untuk Arsenal," kata Whelan kepada Football Insider.

"Dia cemerlang dengan bola, tetapi lebih kepada seorang pemain bolasepak berbanding pemain pertahanan. 

"Bilik persalinan tidak mempercayainya, anda dapat melihatnya semalam. (merujuk kepada perlawanan menentang Watford).


"Telah banyak kali dia mengecewakan pasukannya dengan pertahanan yang teruk dan keputusan yang dibuatnya, dia adalah pertahanan tengah yang rapuh.

"Jika Frank Lampard fikir David Luiz dapat melakukan tugasnya dengan baik untuknya musim ini, tidak mungkin dia menjualnya ke Arsenal.

"Lampard telah melihatnya, cukup untuk mengetahui bahawa dia mempunyai pemain pertahanan yang lebih baik di Chelsea, yang dia boleh bergantung pada mereka."

Luiz mengejutkan kita semua apabila ditandatangani Arsenal dengan nilai £8 juta pada hari terakhir jendela perpindahan EPL ditutup baru-baru ini.

Dia telah memulakan empat daripada lima perlawanan Liga Perdana Arsenal musim ini, tetapi mengharungi permulaan yang sukar untuk kelab barunya selepas melakukan beberapa kesalahan serius dan berulang.

Skuad Arsenal berlepas ke Jerman bagi menghadapi saingan Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt, malam ini jam 2.55 pagi (waktu Malaysia).

Skuad yang dibawa Emery ke Jerman.


Post a Comment

Previous Post Next Post