KEMBALI pada tahun 2003, seorang pemuda yang tidak dikenali ataupun hampir tidak dikenali, Cristiano Ronaldo telah menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon dan cerita seterusnya menjadi sejarah.
Namun sejarah tersebut sedikit berbeza...
Jika sebelum ini, Arsene Wenger pernah mendedahkan bahawa beliau begitu hampir menandatangani pemain ini menjadi bahan 'ejekan' namun kali ini pemain itu sendiri meluahkan mengenai perkara tersebut.
Sebelum ini juga kami melaporkan berita bahawa Cristiano Ronaldo telah membuat pendedahan mengenai keputusan beliau yang hampir menyertai Arsenal sebelum 'disailang' Manchester United (baca disini : Ronaldo dedahkan beliau berjumpa Wenger), namun dalam temubual terkini bersama Piers Morgan, beliau menceritakan sekali lagi hal tersebut.
Dalam temu bual bersama Piers Morgan untuk ITV, Ronaldo telah mendedahkan bahawa beliau sebenarnya begitu hampir untuk menyertai seteru Liga Perdana Manchester United, Arsenal.
If you listen very carefully, you can hear the sound of hearts breaking from every Arsenal fan 💔⚽️#RonaldoMeetsPiers @piersmorgan @Cristiano pic.twitter.com/UoFGEdaB81— ITV (@ITV) September 17, 2019
"Benar. Sudah tentu ianya benar," kata bintang Portugal ketika ditanya mengenai khabar angin menyertai The Gunners.
"[Saya] begitu hampir. Satu langkah. Luar biasa. Serius. "
Dan sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana ianya akan kelihatan sekiranya Ronaldo benar-benar menyertai Arsenal, anda dapat saksikan video dibawah dimana Morgan mempunyai baju Arsenal di tangannya dengan nama Cristiano dan nombor ikonik tujuh.
Dan Ronaldo menayangkan jersi tersebut... yang mungkin membuatkan sesetengah penyokong Arsenal mengalirkan air mata kecewa dan sedih.
Dan Ronaldo menayangkan jersi tersebut... yang mungkin membuatkan sesetengah penyokong Arsenal mengalirkan air mata kecewa dan sedih.
Oh, what could have been... ⚽️🏆#RonaldoMeetsPiers @piersmorgan @Cristiano pic.twitter.com/6wI0WZpdlm— ITV (@ITV) September 17, 2019
Pemain berusia 34 tahun itu turut mendedahkan bahawa beliau mahu menjadi seorang bapa yang terbaik kepada anak-anaknya ...
There is a 100% chance that Cristiano Ronaldo will always be cool. Sorry Piers... #RonaldoMeetsPiers @piersmorgan @Cristiano pic.twitter.com/tlyHjUYrT1— ITV (@ITV) September 17, 2019
Dan juga membincangkan obsesinya terhadap rekod dan anugerah ...
"I don't follow the records, the records follow me" 👏👏#RonaldoMeetsPiers @piersmorgan @Cristiano pic.twitter.com/PuWJXn4IHq— ITV (@ITV) September 17, 2019
Kita mungkin tidak mampu untuk melihat Ronaldo beraksi dalam memakai jersi Arsenal namun terdapat bekas pemain-pemain Arsenal yang kini menjadi rakan sepasukan beliau di Juventus.
Mungkin kisah ini tidak begitu menarik... dan dianggap basi... namun alangkah indah jika... kita benar-benar pernah memilikinya.
Mungkin kisah ini tidak begitu menarik... dan dianggap basi... namun alangkah indah jika... kita benar-benar pernah memilikinya.