Mesut Ozil Perlukan Rehat - Unai Emery

Mesut Ozil tidak menyertai skuad Arsenal yang terbang ke Frankfurt untuk menghadapi perlawanan pertama peringkat kumpulan Europa League menentang Eintracht Frankfurt.

Unai Emery menyatakan bahawa pemain tersebut memerlukan rehat walau baru bermain selama 71 mini musim ini.

Pemain pertahanan tengah, Sokratis Papastathopoulos juga tidak disenaraikan dalam skuad ke Frankfurt.

Senarai skuad Arsenal terbang ke Frankfurt, Jerman
Pengurus Arsenal berkata:'Kami kini bermain banyak perlawanan dan saya mahu menggunakan pemain yang berlainan, juga melakukan penggiliran pemain. Jadi Sokratis dan Mesut direhatkan dalam perlawanan ini.

'Saya lebih mahu dia berehat selepas perlawanan pada hari Ahad lepas, dan berlatih dan bersedia untuk perlawanan menentang Aston Villa.'

Ozil semakin jarang bermain untuk Arsenal kerana masalah kecederaan kecil dan sakit.

Beliau jarang diturunkan dalam perlawanan sukar di tempat lawan kerana Emery merasakan beliau tidak sesuai dengan permainan fizikal dalam perlawanan tersebut.

Unai menjangkakan Frankfurt akan menjadi lawan paling sukar Arsenal dalam Kumpulan F. Frankfurt merupakan salah satu pasukan yang mara ke pusingan separuh akhir Europa League musim lepas namun disingkirkan menerusi penentuan sepakan penalti oleh Chelsea.

Walaubagaimanapun, beliau menegas itu bukan faktor dalam keputusannya meninggalkan Ozil di London.

Emery berkata: 'Dia bermain dengan baik secara fizikal dalam perlawanan pada Ahad lepas, juga memberikan kami skil dan kapasitinya. Selepas perlawanan tersebut, dia sudah cukup baik untuk kami, kini dia bersedia membantu kami pada hari Ahad akan datang, bukan esok. Kami akan bermain satu lagi perlawanan dan kami memikirkan untuk melakukan penggiliran pemain pada keesokannya.

Kali terakhir Ozil bermain di Jerman ialah pada Jun 2018 ketika perlawanan persahabatan pra Piala Dunia 2018 menentang Austria. Beliau bersama rakannya Ilkay Gundogan telah dicemuh dalam perlawanan tersebut dan perlawann menentang Arab Saudi di Leverkusen.

Kedua pemain tersebut telah mencetuskan kontroversi kerana bergambar bersama Presiden Turki, Recep Erdogan ketika dalam keadaan hubungan rengang kedua-dua negara tersebut.

Emery menafikan dakwaan bahawa beliau mahu mengelak Ozil dari menerima cemuhan di tanah kelahirannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post