TARIKH penutupan bagi jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris ditutup lebih awal daripada kebanyakan liga-liga utama Eropah.
Ketika ini Liga Perdana Inggeris (EPL) mempunyai tarikh tutup bagi jendela perpindahan yang berbeza dengan liga-liga utama Eropah dan ianya ditutup lebih awal iaitu pada 9 Ogos, berbanding 2 September dikalangan Top 5 liga tertinggi di Eropah.
Pre-season window | Mid-season window | Associations |
---|---|---|
1 July – 2 September | 2 January – 31 January | Italy |
1 July – 2 September | 1 January – 2 February | France,Germany,Spain |
17 May – 9 August | 1 January – 31 January | England |
Sebelum ini, tarikh akhir untuk kelab EPL melakukan pembelian pemain adalah pada 31 Ogos, namun hasil undian yang dijalankan ada tahun 2017 dan dibuat dikalangan kelab-kelab yang beraksi dalam saingan tertinggi Liga Bolasepak Inggeris itu, akhirnya mereka bersetuju untuk memutuskan tarikh tutup lebih awal, iaitu sebelum liga dimulakan.
Dan akhirnya tarikh 9 Ogos diputuskan berdasarkan undian untuk menjadi tarikh akhir penutupan jendela perpindahan musim panas bagi Liga Perdana Inggeris.
Namun kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, tidak lama lagi boleh mengundi untuk melanjutkan kembali tarikh akhir perpindahan musim panas untuk kembali ke tarikh sebagaimana sebelum ini, 31 Ogos.
Sekiranya terjadi, maka kita akan melihat penutupan tarikh tersebut kembali sejajar dengan seluruh Eropah, hanya selepas dua tahun majoriti bersetuju untuk melaksanakan tarikh tutup perpindahan lebih awal, sebelum liga bermula.
Tindakan menetapkan tarikh tutup jendela perpindahan lebih awal dibuat adalah sebagai langkah untuk melindungi kelab dan menghalang pemain daripada terganggu oleh aktiviti perpindahan selepas musim bermula.
Namun dengan hampir seluruh Eropah tidak mengikutinya (tarikh tutup lebih awal daripada liga bermula) dan masih terikat dengan tarikh akhir yang ditetapkan oleh FIFA, pasukan Liga Perdana dilihat tidak menikmati sebarang kelebihan berbanding dengan pasukan di La Liga, Serie A dan Bundesliga.
Ini kerana, selepas tarikh 9 Ogos, kelab-kelab Inggeris masih mampu menjual pemain mereka kepada mana-mana pasukan yang beraksi dalam liga lain (Eropah) mengikut tarikh akhir yang ditetapkan FIFA (seperti jadual diatas) namun mereka tidak mampu untuk membeli pemain lagi.
Serie A sebenarnya melakukan perkara sama pada musim panas tahun lalu dengan menetapkan tarikh akhir jendela perpindahan liga mereka pada 18 Ogos, namun mereka kembali beralih ke tarikh akhir yang ditetapkan FIFA (2 September) menjelang musim 2019/20.
Dengan tarikh tutup yang tidak sejajar, menjadi kerugian kepada mana-mana kelab Inggeris apabila pemain mereka masih boleh dibeli dan 'diganggu' oleh kelab-kelab dari liga lain.
Dengan tarikh tutup yang tidak sejajar, menjadi kerugian kepada mana-mana kelab Inggeris apabila pemain mereka masih boleh dibeli dan 'diganggu' oleh kelab-kelab dari liga lain.
Musim panas ini, menyaksikan pemain daripada kelab EPL seperti Paul Pogba dan Christian Eriksen khususnya masih dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol sepanjang Ogos.
Sekiranya kedua-dua pasukan itu gagal menyelesaikan isu pemain mereka, yang mana ianya tidak dapat dipertahankan lagi, kelab itu tidak mempunyai pilihan lain selain menjual pemain tersebut.
Sudah tentu ianya menjadi masalah kepada kelab tersebut kerana tidak mungkin mereka mampu mencari pengganti kepada pemain tersebut ataupun kekosongan yang ditinggalkan.
Sudah tentu ianya menjadi masalah kepada kelab tersebut kerana tidak mungkin mereka mampu mencari pengganti kepada pemain tersebut ataupun kekosongan yang ditinggalkan.
Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino adalah individu yang terkesan terhadap penutupan tarikh perpindahan lebih awal dengan menyifatkan ianya adalah kesilapan besar.
Walau bagaimanapun, kini wujud sokongan yang semakin meningkat untuk memulihkan keadaan dan The Times melaporkan perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat Liga Perdana Inggeris, yang dijadualkan berlangsung 12 September ini.

Liverpool secara khusus dinamakan sebagai pasukan yang telah menyertai gerakan untuk melanjutkan tarikh akhir perpindahan musim panas, untuk jatuh selaras dengan seluruh Eropah dan bersedia untuk memimpin Manchester United, Manchester City dan kelab lain yang tidak dinamakan untuk membawa perubahan tersebut.
The Times menjelaskan bahawa undian memerlukan 11 daripada 20 kelab mesti menyokong usul itu sebelum ianya dipinda dan diluluskan.
Undian yang dijalankan pada September 2017, menyaksikan hanya lima kelab mengundi untuk mengekalkan tarikh akhir (31 Ogos) manakala pasukan yang bersetuju untuk meminda tarikh penutupan lebih awal adalah Manchester dua beradik, Swansea, Crystal Palace dan Watford.
Satu-satunya pasukan yang berkecuali adalah Burnley, ini bermakna 14 pasukan termasuk Liverpool dan Spurs, mengundi memilih tarikh tutup jendela perpindahan musim panas lebih awal.