Dani Ceballos perlu manfaatkan sepenuhnya masa bersama Arsenal.

PEMAIN yang dipinjamkan Arsenal dari Real Madrid, Dani Ceballos perlu menggunakan peluang bersama The Gunners sebaik mungkin.


Jurulatih Sepanyol, Robert Moreno mahu Dani Ceballos memanfaatkan aksi bersama Arsenal sepanjang musim ini dengan cemerlang andai ingin terpilih dalam kesebelasan utama skuad La Roja.

Prestasi Ceballos kini menjadi tumpuan malah Morena sedia membuka peluang buat pemain berkenaan menjadi tonggak utama Sepanyol andai dia dapat membuktikannya sepanjang bersama The Gunners.

Robert Moreno, 41 tahun, menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih Sepanyol pada 19 Jun 2019.
Kata Moreno, dia amat berharap aksi yang lebih konsisten daripada Ceballos agar prestasinya sentiasa berada di tahap terbaik.

"Apa yang penting kini adalah saya mahu melihat dia kerap diturunkan beraksi.

"Dalam masa sama saya mahu dia menjadi antara pemain sandaran utama di Arsenal," kata Moreno.

Ceballos, 23, menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 14 Julai 2017 dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar €18 juta dan telah menandatangani kontrak selama enam tahun.

Namun semenjak bersama Real, peluang beliau untuk beraksi sangat terhad sehinggakan dipinjamkan kepada Arsenal musim ini.

Bersama Real, beliau hanya membuat 35 penampilan liga (La Liga) sepanjang dua musim bersama mereka dengan 12 penampilan liga pada musim pertama (2017/18) dan 23 penampilan pada musim lalu.

Walaupun jarang digunakan, beliau secara keseluruhan telah membuat 56 penampilan untuk Real dengan lima gol dan dua bantuan gol berjaya dihasilkan.

Bagaimanapun nasib berbeza buat pemain itu ketika menyertai The Gunners apabila membuktikan dia mampu menjadi tonggak utama di bahagian tengah.

Dan bersama Arsenal, dengan baru empat penampilan liga, beliau telah pun menyamai rekod jumlah bantuan gol yang dihasilkan ketika beraksi untuk Real Madrid.

Pun begitu, sekiranya Ceballos tetap cemerlang bersama Arsenal musim ini, ianya amat menguntungkan Real Madrid kerana tiada klausa dalam kontrak pinjaman yang memberikan pilihan kepada The Gunners untuk membelinya selepas tamat tempoh pinjaman. (Baca : disini)

Rekod penampilan Ceballos
Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol Jumlah Minit beraksi
Real Betis 105 7 9 7,089'
Real Madrid 56 5 2 2,821'
Betis 'B' 4 - - 360'
Arsenal FC 4 - 2 197'

Post a Comment

Previous Post Next Post