Unai Emery pertahankan prestasi Xhaka ketika menentang Tottenham tempoh hari.

EMERY mempertahankan prestasi Xhaka ketika menentang Spurs walaupun sepakan penalti yang sangat mengecewakan.



Pengendali Arsenal, Unai Emery menegaskan Granit Xhaka bermain dengan baik ketika menentang Tottenham walaupun beliau mengakui 'hadiah' yang diberikan oleh kapten pasukan itu pada babak pertama dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2, Ahad lalu  'sangat mengecewakan'.

Pemain tengah Switzerland itu melakukan hadangan kepada Son Heung-min yang seterusnya menghadiahkan sepakan penalti kepada Tottenham dan membolehkan Harry Kane menggandakan gol buat Spurs selepas Christian Eriksen meledakkan gol pendahuluan perlawanan buat pelawat.

Ekoran tindakan ataupun cabaran yang dilakukan Xhaka itu, beliau menerima kecaman dan kritikan walaupun Arsenal berjaya bangkit dalam gaya yang mengagumkan untuk mengikat perlawanan dengan keputusan seri 2-2 melalui gol dari Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Emery, bagaimanapun, mengatakan terdapat lebih positif daripada aspek negatif terhadap prestasi pemain berusia 26 tahun itu.

"Dalam 90 minit, saya sangat bangga dengan usahanya," kata bekas pengendali Valencia dan Paris Saint-Germain.

"Beberapa kesilapan kita boleh menerimanya dan saya mahu menggunakannya (mereka) untuk maju dan bertambah baik. Terdapat lebih banyak perkara positif secara kolektif, secara individu dan juga dengan Xhaka untuk saya.

"Penalti itu benar-benar satu tindakan yang sangat mengecewakan, dia bekerja dengan baik, bermain sangat baik, jika kita memenangi perlawanan, mungkin kita akan kurang bercakap mengenai kesalahan itu."



Emery merasakan The Gunners juga layak untuk mendapat pujian daripada sebahagian aksi yang dipamerkan pada perlawanan tersebut dan berbangga dengan suasana yang dicipta oleh peminat Arsenal ketika mereka bangkit daripada ketinggalan.

"Jelas sekali, selepas 2-0, kami boleh berbangga dengan respon kami dan suasana yang kami cipta, bagaimana penyokong kami membantu kami selepas gol pertama untuk mendapatkan gol kedua dan peluang (usaha) untuk menjaringkan gol ketiga," katanya.

"Hasilnya ... kami lebih berhak daripada keputusan yang dicatatkan. Pergerakan mereka, pada separuh kedua, kami menguasai lebih baik daripada yang pertama. Secara taktikal, gol pertama adalah satu kesilapan tetapi kerana kami memainkan tindakan itu dengan lebih menggunaka hati daripada fikiran.

"Kami mempunyai dua pemain yang cuba memenangi bola dengan Harry Kane - kami memerlukan seorang untuk mengawalnya. Separuh kedua, kami melakukannya dengan sempurna.

"Dengan penyokong kami, kami mencipta suasana yang sangat baik. Permainan ini luar biasa untuk bolasepak tetapi, bagi kami, ia tidak mencukupi.

"Sungguh, saya sangat bangga dengan kerja kami, pemain kami, penyokong kami."

Arsenal mempunyai kelebihan dua mata di atas Spurs dalam carta Liga Perdana Inggeris, setelah meraih dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dari empat perlawanan pembukaan musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post