Lapan pemain muda Arsenal dipanggil bersama skuad England pada aksi antarabangsa.

REHAT antarabangsa bermula 2 September ini sehingga 10 September, bukanlah sesuatu yang digemari oleh sebilangan peminat bolasepak, terutamanya peminat Liga Perdana Inggeris.



Walaupun ianya dipanggil 'Rehat Antrabangsa' namun ianya bukanlah bererti bahawa pemain-pemain berehat daripada beraksi, namun ianya membawa erti dimana pemain-pemain terpilih akan menjalankan tugas bersama pasukan kebangsaan masing-masing dalam perlawanan peringkat antarabangsa yang telah ditetapkan mengikut kalendar FIFA.

Malah istilah rehat ini hanya tertakluk kepada liga yang mana tidak akan ada sebarang perlawanan sepanjang tempoh tersebut dan peminat juga terpaksa 'berehat' daripada menyaksikan perlawanan kelab disayangi.

Antara pemain Arsenal yang terlibat kali ini bagi aksi bersama skuad kebangsaan masing-masing adalah seperti;
  1. Bernd Leno bersama Jerman bagi aksi menentang Belanda (6 September) dan Ireland Utara (9 September) bagi aksi kelayakan Euro.
  2. Sokratis bersama Greece (kelayakan Euro) menentang Finland (5 September) dan Lichtenstein (8 September).
  3. Mkhitaryan, pemain yang baru menyertai Roma secara pinjaman turut terlibat bersama Armenia untuk perlawanan kelayakan Euro menentan Itali (5 September) dan Bosnia & Herzegovina (8 September).
  4. Ceballos, pemain pinjaman Arsenal daripada Real Madrid terlibat bersama Sepanyol menentang Romania (5 September) dan Faroe Island pada 8 September.
  5. Torreira dipanggil bersama skuad Uruguay untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Costa Rica (6 September dan Amerika Syarikat pada 10 September.
  6. Guendouzi, menerima kejutan apabila dipanggil buat kali pertama bersama skuad senior Perancis menggantikan Paul Pogba untuk persiapan menentang Albania dan Andorra pada 7 dan 10 September ini.
  7. Kolasinac dipanggil bersama skuad senior Bosnia & Herzegovina bagi kelayakan Eurp menentang Lichtenstein dan Armenia pada 5 dan 8 September.
  8. Xhaka bersama Switzerland untuk aksi kelayakan Euro menentang Rep. Ireland dan Gibraltar pada 5 dan 8 September.


Selain pemain daripada skuad senior yang terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan kelayakan Euro, pemain-pemain daripada skuad akademi turut terlibat pada perlawanan antarabangsa yang dilangungkan minggu ini.

Reiss Nelson, Joe Willock dan Eddie Nketiah telah dinamakan dalam skuad bawah 21 tahun England yang dikendalikan oleh Aidy Boothroyd untuk dua perlawanan kelayakan Kejuaraan UEFA 2021.

Mereka bakal menghadapi Turki pada hari Jumaat, 6 September di Stadium Koscaeli, sebelum melawan Kosovo pada hari Isnin, 9 September di Stadium KCOM.

Folarin Balogun, Tyreece John-Jules dan Bukayo Saka pula telah dipanggil bersama skuad bawah 19 tahun England yang dikendalikan Keith Downing untuk aksi persahabatan mereka menentang Greece dan Jerman, pada 5 dan 9 September.

Manakala dua lagi pemain muda Arsenal, Miguel Azeez dan Sam Greenwood dinamakan dalam skuad bawah 18 tahun Ian Foster (England B18) untuk tiga aksi persahabatan.

Mereka akan berhadapan dengan Australia pada hari Jumaat, 6 September dan Brazil pada hari Ahad, 8 September sebelum menentang Republic Korea pada hari Selasa, 10 September.

Post a Comment

Previous Post Next Post