Penyerang Norwich City, Teemu Pukki telah diundi sebagai Pemain Terbaik Bulan Ogos 2019 (PFA PL) mengatasi pemain serangan Manchester City, Raheem Sterling dan pemain tengah Chelsea, Mason Mount.
Pukki menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan pertama PL musim 2019/20 untuk Norwich City.
BIODATA RINGKAS:
Nama: Teemu Eino Antero Pukki
Tarikh & tempat lahir: 29 Mac 1990 di Kotka, Finland
Warganegara: Finland
Posisi: Penyerang
Kelab terkini: Norwich City (sehingga Jun 2022)
Kelab sebelum ini: FC KTP, Sevilla, HJK Helsinki, FC Schalke 04, Celtic Glasgow, Brondby
Pemain antarabangsa Finland ini mencuri tumpuan apabila menjaringkan tiga gol ketika menentang Newcastle United pada 17 Ogos lepas di Stadium Carrow Road. Beliau juga menjaringkan satu gol ketika menentang Liverpool dan Chelsea.
Selain Sterling dan Mount, beliau juga menewaskan Kevin de Bruyne (Manchester City), Ashley Barnes (Burnley) dan Tyrone Mings (Aston Villa) untuk anugerah tersebut.
Ketajaman dan kelincahannya di hadapan gol akan diuji selepas tamat minggu perlawanan antarabangsa nanti, apabila menentang juara bertahan, Manchester City pada 14 September di tempat sendiri.
Beliau menjadi tumpuan peminat dan pemerhati PL selepas menjaringkan 29 gol dalam Championship musim lepas, membolehkan the Canaries menjuarainya sekaligus kembali ke PL musim ini.