Nacho Monreal enggan bermain untuk aksi North London derby

PEMAIN itu mengakui bahawa beliau enggan bermain bersama Arsenal dalam aksi North London derby bagi mengelakkan kecederaan.



Salah satu perpindahan yang mungkin anda terlepas pada minggu terakhir jendela perpindahan adalah Nacho Monreal meninggalkan Arsenal untuk menyertai Real Sociedad.

Pemain pertahanan Sepanyol itu mengakhiri tempoh enam tahun setengah di Emirates pada hujung minggu lalu dengan memilih untuk kembali ke tanah airnya, Sepanyol.

Tindakan itu dibuat kerana dipercayai adalah untuk mencari pasukan yang mampu memberikan beliau lebih banyak peluang beraksi disaat beliau menghampiri kepada penghujung karier bolasepaknya.

Monreal tidak mungkin mendapat tempat dan kelebihan di bawah Unai Emery musim ini, lebih-lebih lagi setelah Arsenal menandatangani Kieran Tierney pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Sebelum langkah perpindahan itu selesai, salah satu laporan ada mengatakan bahawa Unai Emery mengawal situasi itu dan hanya akan berlaku mengikut arahan beliau sahaja.

Diario Vasco menerangkan keseluruhan bagaimana Emery mengawal keadaan dengan keputusan berada di tangannya dan pengendali Arsenal itu telah mengadakan pertemuan bersama Monreal untuk menentukan masa depan pemain tersebut.

Masalahnya ialah Emery mahu menggunakan Monreal pada aksi derby Utara London yang dilangsungkan pada Ahad lalu sebelum pemain itu menyertai Real Sociedad.

Namun, Monreal tetap dengan pendiriannya untuk tidak beraksi bagi mengelakkan kecederaan dan melengkapkan perpindahan ke kelab Sepanyol itu.

Noticias de Navarra merangkumi sidang akhbar pemain tersebut yang dilakukan semalam dan Monreal mengesahkan bahawa Emery telah memintanya untuk bermain dalam pertemuan Arsenal menentang Tottenham.

"This year has been different, the parties were more open and in my head was the possibility for several weeks of playing here," said Monreal, who said Emery asked him to play the London derby yesterday against Tottenham (2-2) but that "the most sensible thing was not to do it to avoid any unexpected situation"

Namun Monreal menganggap permintaan tersebut merupakan perkara yang paling tidak masuk akal untuk dilakukan, dan beliau pasti mahu mengelak daripada menerima sebarang kejadian yang tidak diduga.

Tindakan Monreal untuk tidak beraksi pada perlawanan derby Utara London mungkin satu tindakan yang logik untuk dirinya setelah melihat apa yang berlaku kepada Leroy Sane dan sudah tentu beliau tidak mahu menerima nasib yang sama.

Leroy Sane, dilihat bersedia untuk meninggalkan Manchester City bagi berpindah menyertai Bayern Munich tetapi akhirnya gagal dalam langkah perpindahan tersebut setelah mengalami kecederaan dalam kemenangan Community Shield ke atas Liverpool.

Itulah senario mimpi ngeri dan ianya merupakan tindakan bijak dari Monreal untuk mengelakkan daripada menerima nasib yang sama, walaupun peminat Arsenal mungkin kurang senang dengan keputusannya untuk meletakkan dirinya melebihi keutamaan kelab.

Semoga berjaya Monreal!

Post a Comment

Previous Post Next Post