Manchester United Terlepas Peluang Mendapatkan Gabriel Martinelli

Penyerang Arsenal dari Brazil, Gabriel Martinelli mendedahkan Manchester United tidak mengambil peluang untuk menandatanganinya selepas beliau menjalani sesi latihan percubaan sebanyak empat kali bersama mereka antara tahun 2015 dan 2017.

Kelab gergasi Inggeris tersebut dilaporkan mengikuti perkembangan pemain berusia 18 tahun ini, dan Martinelli telah beberapa kali pergi ke Manchester dari Brazil untuk menyertai sesi latihan skuad remaja United.

Gabriel Martinelli meraikan jaringan ketika menentang Nottingham Forest
Akhirnya the Gunners berjaya menyingkirkan saingan beberapa kelab gergasi Eropah lain seperti Real Madrid dan Barcelona untuk membawanya ke Emirates dari Ituano dengan yuran perpindahan sekitar £6 juta.

Martinelli menjawab soalan mengenai masanya bersama United: 'Saya telah pergi ke sana sebanyak empat kali sekitar tahun 2015 dan 2017, dan berlatih selama 15 hari.

'Saya juga pernah meminta untuk bergambar bersama [Patrice] Evra, [Marouane] Fellaini dan pemain-pemain lain.

'Pogba tahu saya seorang pemain Brazil dan bertanya mengenai keadaan saya dan di mana saya bermain. Kami mengambil gambar bersama.'

Walau hanya membuat satu penampilan PL setakat ini (ketika menentang Newcastle United), beliau menggunakan peluang penampilan kesebelasan utama yang diberikan oleh pengurus, Unai Emery dalam perlawanan Piala Carabao menentang Nottingham Forest.

Beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Dan dengan ketiadaan Alexandre Lacazette yang masih dalam proses pemulihan kecederaannya, Martinelli mungkin mendapat peluang untuk beraksi menentang Manchester United pada awal pagi Selasa nanti (waktu Malaysia).

Post a Comment

Previous Post Next Post