Marcus McGuane Berhijrah Ke Telstar, Jumpa Kembali Kawan Dan Jurulatih Lamanya Semasa Di Arsenal

Bekas pemain tengah akademi Arsenal, Marcus McGuane berpindah ke kelab divisyen dua Belanda, Telstar dari Barcelona secara kontrak pinjaman semusim.
Marcus McGuane
Beliau menyertai Barcelona pada tahun 2018 dan membuat debut untuk kelab Catalan tersebut apabila dimasukkan oleh Ernesto Valverde dalam perlawanan akhir Piala Super Catalan.
Ini menjadikannya sebagai pemain Inggeris pertama yang membuat penampilan untuk skuad senior selepas Gary Lineker.
Walau bagaimanapun, penampilannya itu menjadi penampilan tunggalnya bersama skuad senior, dan beliau juga kurang bermain bersama pasukan B selepas Garcia Pimienta mengambil alih tugas jurulatih pasukan daripada Gerard Lopez.
Pimienta lebih suka menggunakan pemain lain untuk mengisi di bahagian tengah seperti Riqui Puig, Oriol Busquets, and Monchu - dan suka meletakkan McGuane di bahagian sayap kanan, bukan posisi kegemarannya.
BIODATA RINGKAS:
Nama: Marcus Samuel Michael McGuane
Tarikh & tempat lahir: 2 Februari 1999 di Greenwich, England
Warganegara: England dan Republik Ireland
Posisi: Pemain tengah
Ini membuatkan McGuane membuat pertimbangan mengenai kariernya, mungkin berhijrah keluar dari Nou Camp. Beliau menerima banyak tawaran pada musim panas baru-baru ini.
Hajduk Split (Croatia), Besiktas (Turki), Sassuaolo (Itali), Nordsjaelland (Denmark), dan KV Oostend (Belgium) antara kelab yang sudah menawarkan kontrak kepadanya.
Walaubagaimanapun, McGuane menolak semua tawaran tersebut untuk menyertai Telstar, kelab divisyen dua Belanda.
Tawaran kelab tersebut mungkin lebih rendah berbanding kelab yang bermain di liga utama Croatia, Itali dan Denmark, tetapi beliau mahu kembali berlatih di bawah Andries Jonker.
Andries Jonker merupakan Ketua Akademi Arsenal ketika McGuane masih bermain dengan kelab.
Mereka mempunyai hubungan yang baik ketika di London dan McGuane merasakan Jonker boleh menaikkan semula keyakinannya selepas melalui tempoh 18 bulan yang mengecewakan di Barcelona keran kurang dapat minit perlawanan.
Seorang lagi bekas pemain Arsenal yang sudah berada di kelab itu lebih awal ialah Charlie Gilmour, yang menyertai mereka dari Norwich City secara kontrak pinjaman semusim pada Julai lepas.
Andries Jonker

Charlie Gilmour (kanan)
McGuane masih mempunyai baki kontrak satu tahun bersama Barcelona, dan juara La Liga Sepanyol itu masih mahu mengekalkan pilihan untuk menyambung lagi kontraknya selama dua tahun.
Satu sumber mengatakan kelab tersebut mahu menggunakan terma di dalam kontraknya, namun tidak menolak untuk menjualnya andai McGuane berjaya di Holland pada musim panas akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post