Stadium Wembley Bakal Jadi Gelanggang Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2023


UEFA dijangka akan mengesahkan yang Stadium Wembley akan menjadi gelanggang untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2023 pada minggu hadapan.

Presiden persatuan bolasepak Eropah tersebut, Aleksander Ceferin juga dijangka akan mengesahkan St Petersburg dan Munich akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan akhir untuk tahun 2021 dan 2022 apabila mengetuai mesyuarat UEFA di negara asalnya, Slovenia.

Ini akan menjadi kali ketiga dalam 12 tahun Wembley menjadi gelanggang perlawanan akhir dan kali keenam sejak era millennium ianya dilangsungkan di United Kingdom.

Senarai enam perlawanan akhir UCL di United Kingdom sejak era millennium:
  1. 2002: Stadium Hampden Park, Glasgow (Real Madrid 2-1 Bayer Leverkusen)
  2. 2003: Stadium Old Trafford, Manchester (*AC Milan 0-0 Juventus. AC Milan menang PSP 3-2)
  3. 2011: Stadium Wembley, London (Barcelona 3-1 Manchester United)
  4. 2013: Stadium Wembley, London (Borussia Dortmund 1-2 Bayern Munich)
  5. 2017: Stadium Principality, Cardiff (Juventus 1-4 Real Madrid)

Post a Comment

Previous Post Next Post