🎥 (video) Setan lunyai di ketuk merton.

MERTON ataupun dalam Bahasa Malaysia standard adalah pengetuk yang dikenali sebagai tukul. 



Dan 'tukul' cukup sinonim dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, West Ham United yang turut dikenali dengan nama 'glamer' The Hammers.

2 merton membawa 2 gol pada perlawanan malam tadi.
Dalam perkembangan bolasepak Inggeris, pasukan yang dibimbing oleh Manuel Pellegrini tidak menghadapi masalah untuk mengetuk pasukan Setan Merah, Manchester United 2-0 malam tadi.

Beraksi di laman sendiri The Hammers beraksi cemerlang untuk membenam skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan kemenangan tersebut membawa mereka berada ditangga kelima liga ketika ini.

Manakala Man.United berada di tangga kelapan liga dengan memungut lapan mata hasil daripada dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko meletakkan West Ham di depan di akhir babak pertama dan Aaron Cresswell mengesahkan kemenangan The Hammers menerusi sepakan percuma pada minit ke-84.

Ole Gunnar Solskjaer hadir menghadapi West Ham tanpa khidmat Paul Pogba, Anthony Martial dan Luke Shaw ekoran kecederaan dan penyerang muda, Mason Greenword turut gagal digunakan pengendali Man.United itu akibat masalah kesihatan, beraksi hambar sepanjang permainan.

Mereka gagal mencipta peluang sepanjang babak pertama tetapi Juan Mata terlepas peluang keemasan di awal babak kedua, manakala cubaan Harry Maguire ddinafikan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Peluang Man. United untuk bangkit semakin tipis selepas Rashford dikeluarkan kerana mengalami kecederaan otot dan ianya memaksa Ole Gunnar Solskjaer menggunakan Daniel James sebagai penyerang tunggal sepanjang baki 30 minit permainan.

Sorotan Perlawanan

Post a Comment

Previous Post Next Post