Ramalan Gary Neville Mengenai Nasib Arsenal Musim Ini

Gary Neville percaya para peminat Arsenal boleh berasa optimistik dengan musim baru ini selepas empat perlawanan pertama liga bulan lepas.

Tetapi, beliau juga menyuarakan kebimbangan dengan kerapuhan benteng pertahanan terutama penjaga gol utama kelab, Bernd Leno.

Unai Emery berjaya mendapatkan tujuh mata dari empat perlawanan pertama hasil dua kemenangan, satu seri, dan satu kalah. Dan telah berhadapan dengan dua dari enam pasukan top six PL iaitu Liverpool dan Tottenham Hotspur.



Walaupun mempunyai rekod buruk ketika menentang Liverpool dalam tujuh perlawanan lalu di Anfield, menyaksikan 23 gol bolos di sana. Dan Neville mengatakan peminat Arsenal mempunyai sebab yang baik dengan persembahan pasukan kesayangan mereka ketika tewas 1-3 dalam perlawanan ketiga liga yang lalu.

Bekas pemain bek kanan Manchester United hanya masih risau dan ragu-ragu dengan kekuatan bahagian pertahanan, juga mempersoal adakah Leno mampu untuk menjadi salah seorang penjaga gol terbaik apabila mempunyai barisan pertahan sebegitu di hadapannya.

Ketika menulis untuk ruangannya di SkySports, Neville berkata: "Saya rasa terdapat perkara yang bagus hadir dari Arsenal ketika tewas di Liverpool. Saya menyatakan sebegitu kerana terdapat sesuatu yang mereka sedang bina. Saya jarang berasa sebegini untuk Arsenal. 



Menentang Spurs, anda akan bercakap mengenai ancaman, kegetiran, beberapa bahagian dalam perlawanan itu, namun anda juga akan menyatakan mengenai kelesuan permainan dan di bahagian pertahanan mereka.

Kita bercakap mengenai kesilapan Bernd Leno. Saya tidak mempercayainya. Saya rasa beliau tidak boleh diletakkan sebagai salah seorang penjaga gol hebat di Premier League. Dua pertahanan tengah pula iaitu Sokratis dan David Luiz pula kasar / cuai.

"Anda boleh mengatakan Hector Bellerin, Rob Holding, dan Kieran Tierney perlu kembali ke skuad untuk memperkuatkan benteng pertahanan. Namun anda masih lagi mempunyai rasa takut yang mereka juga tidak berkebolehan untuk melakukan apa yang diharapkan.

"Mereka seperti perlu mengali keluar seorang pemain pertahanan tengah yang mampu 'memegang' barisan pertahanan mereka.

"Masih terdapat ketakutan di dalam Arsenal kerana mereka seperti hilang arah apabila menentang pemain-pemain yang bagus.

"Kita lihat bagaimana Tottenham mencipta banyak peluang ketika melakukan serang balas, dan pasukan yang betul-betul hebat mampu menguruskan serang balas. Mereka mengekalkan rentak serangan mereka dan tidak membenarkan pasukan lain melakukan serang balas secara kerap terhadapa mereka. Lihat sahaja Manchester City dan Liverpool."

Post a Comment

Previous Post Next Post