PERTAHANAN Arsenal, David Luiz dikritik oleh bekas pemain Arsenal, Paul Mariner.
Aksi longlai David Luiz ketika Derby Utara London telah menyebabkan dirinya menjadi sasaran 'makian' daripada Mariner yang nyata tidak berpuas hati dengan prestasi bekas pemain Chelsea itu.
Pertahanan tengah Brazil yang menyertai The Gunners pada hari akhir jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris ditutup, mempunyai kenangan perlawanan untuk dilupakan di Emirates.
Luiz hilang dari kedudukan asal beliau untuk gol pertama Tottenham, ketika beliau mengikut (menghambat) Son Heung-Min sebelum 'ditipu' dengan dummy yang baik daripada pihak lawan.
Selepas Son menghantar bola (through pass) kepada Erik Lamela dapat dilihat dimana Luiz bagaikan tidak bersemangat mengejar kembali dan secara perlahan mengejar, membolehkan Christian Eriksen melepaskan diri dari Ainsley-Maitland Niles dan memanfaatkan gol mudah.
Walaupun kita boleh menyalahkan Luiz untuk sebahagian dalam gol pertama Spurs, namun gol kedua dijaringkan pihak lawan tidak mempunyai kaitan dengannya, kerana tindakan Granit Xhaka yang 'memparap' Son mengundang padah.
Dan Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan Spurs keselesaan mendahului Arsenal dengan 2-0.
Bagaimanapun aksi yang dipamerkan oleh Luiz itu nyata tidak disenangani oleh bekas pemain Arsenal, Paul Mariner.
Mariner pernah beraksi bersama Arsenal pada tahun 1984 sehingga 1986 sebagai penyerang The Gunners.
Dan Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan Spurs keselesaan mendahului Arsenal dengan 2-0.
Bagaimanapun aksi yang dipamerkan oleh Luiz itu nyata tidak disenangani oleh bekas pemain Arsenal, Paul Mariner.
Mariner menjaringkan 14 gol dalam 60 penampilan bersama Arsenal. |
Mariner pernah beraksi bersama Arsenal pada tahun 1984 sehingga 1986 sebagai penyerang The Gunners.
Mariner kini menjadi pengulas untuk New England Revolution dari MLS dan sering muncul sebagai pundit dalam ESPN FC. |
Bercakap tentang ESPN FC, Mariner sangat kritikal terhadap pertahanan itu dan menegaskan bahawa The Gunners perlu bertambah baik pada musim panas ini.
“We’ve been banging the drum for months and months and months…
“He’s an accident waiting to happen. It comes to a time, we’ve all been there, where we drop off.
“When there’s a drop off with David Luiz, it’s a massive drop off.“Unfortunately, this isn’t the time to have a drop off in this back four.
“Everyone knows Arsenal need to spend big on this top four, it’s a shocking defence.”
*Nota berkaitan drop off.
Drop off adalah taktik menangguhkan yang digunakan apabila pasukan mempertahankan terhadap serangan pantas, atau serangan balas.
Apabila lawan melancarkan serangan pantas dan mempunyai masa untuk berlari dari pertahanan, para pemain pertahanan harus turun untuk mengurangkan ruang di belakang mereka dan cuba melengahkan masa untuk bergabung bersama dan mengurangkan ruang.
Taktik ini membolehkan pasukan mencapai kedudukan pertahanan yang baik dan mengurangkan bahaya (risiko) untuk pihak lawan menjaringkan gol.
Berbalik kepada topik asal, Arsenal akhirnya berjaya bangkit untuk mendapatkan satu mata berharga menentang musuh setempat mereka, namun perlu meningkatkan permainan dalam masa akan datang jika mereka mahu mencabar tempat teratas dalam liga.
Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang menjadi penyelamat kepada Arsenal apabila masing-masing menjaringkan satu gol dengan Laca dihujung lewat separuh masa pertama dan Auba pula 26 minit selepas babak kedua bersambung.
Berikut adalah video analisis yang membabitkan Luiz yang diulas oleh Paul Mariner.
Berikut adalah video analisis yang membabitkan Luiz yang diulas oleh Paul Mariner.