Perbincangan Unai Emery bersama Mohamed Elneny membawa kepada pemain itu keluar dari Arsenal.

RUNDINGAN Unai Emery membawa kepada pemain Arsenal keluar, memaklumkan pemain itu tidak diperlukan musim ini.


Menurut Aksam, pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny ingin membuktikan dirinya sekali lagi dengan menyertai Besiktas dalam perjanjian pinjaman jangka panjang.

Dua hari lalu, pemain tengah Mesir itu selamat mendarat di Turki menjelang perpindahan sementara ke Istanbul dan dikatakan dia ingin menjadikan kejayaan bersama Besiktas sebagai bukti bahawa dirinya masih berharga berikutan tempoh yang sukar bersama Arsenal.

Menurut akhbar Turki, bekas pemain Basel itu berbincang dengan Unai Emery pada awal musim ini dan pengendali kelahiran Sepanyol itu dilaporkan telah mengatakan kepadanya bahawa dia  (Emery) tidak memerlukannya (Elneny) dalam kempen musim ini.

Laporan Aksam pada 31 Ogos 2019 mengenai pendedahan perpindahan Elneny.
Berikutan perbincangan dengan pengendali Arsenal, Elneny mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Liga Perdana kerana dia tidak mahu mengambil 'gaji buta' dengan berada dibangku simpanan ataupun sekadar memerhatikan rakan-rakan The Gunners beraksi.

Semasa rundingan perpindahan dengan ahli lembaga Besiktas, Elneny berkata beliau mahu bermain secara tetap (regular player) dan cita-cita serta keazaman pemain Arsenal itu dilaporkan berjaya memikat pihak pengurusan kelab Turki itu.

Wartawan İbrahim Seten dari Bip Spor (akhbar Turki) juga mendakwa pemain itu menyertai Besiktas dengan tawaran pinjaman secara percuma dan Elneny akan menerima gaji sebanyak €2.5 juta untuk musim ini (sepanjang bersama kelab tersebut). 

Malah turut dilaporkan bahawa perjanjian pinjaman itu turut mengandungi klausa pembelian pemain tersebut yang telah dipersetujui antara The Gunners dan Besiktas, dan ianya telah ditetapkan pada harga €18 juta, selepas tempoh pinjaman berakhir.

Sebelum ini, bapa Elneny menafikan usaha pengendali Arsenal itu memaksa anaknya berpindah dari Arsenal. (baca disini)

Kontrak Elneny bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post