FIFA telah memberi keizinan kepada China untuk menjadi tuan rumah kejohanan FIFA Piala Dunia Kelab yang telah diubah dengan format baru pada tahun 2021.
Kejohanan 24 pasukan ini dijangka akan disertai oleh kelab-kelab elit seluruh dunia.
FIFA akan mengumumkan China akan menjadi tuan rumah secara rasmi di Shanghai pada hari Jumaat nanti, setelah dipersetujui oleh Majlis Pentadbiran FIFA pada mesyuarat suku tahunannya.
Selepas perancangan akhir telah disahkan, acara baru ini akan dibawa menggantikan Piala Konfederasi yang telah dimansuhkan.
FIFA telah mengumumkan Piala Konfederasi telah dimansuhkan pada bulan Mac yang lalu. 10 edisi telah diadakan sejak ianya bermula pada 1992, disertai oleh juara kejohanan setiap benua (AFC, CAF, CONCACAF, CONMEBOL, OFC, dan UEFA).
Brazil merupakan negara paling banyak memenangi kejohanan ini iaitu sebanyak 4 kali (1997, 2005, 2009, 2013), diikuti Perancis sebanyak 2 kali (2001, 2003). Jerman (2017), Mexico (1999), Denmark (1995) dan Argentina (1992) adalah negara-negara lain yang pernah memenanginya.
Kembali ke Piala Dunia Kelab...benua Eropah akan menghantar lebih banyak kelab untuk kejohanan ini melebihi lima lagi benua konfederasi yang lain.
Struktur kejohanan ini, selari dengan perancangan FIFA akan melihat Eropah akan mendapat lapan tempat dari 24 slot tersebut.
Diikuti oleh Amerika Selatan yang mungkin akan mendapat enam slot, dan selebihnya akan diisi oleh pasukan dari empat benua konfederasi yang lain.
Hak tuan rumah diberikan kepada China sebagai ganjaran kepada komitmen negara tersebut untuk melabur sendiri projek bola sepak mereka sejak beberapa tahun ini..
Dua kejohanan bolasepak tertinggi di Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Europa League akan mendapat dua daripada lapan slot dalam tempoh empat tahun.
Juara bertahan kedua-dua kejohanan tersebut, Liverpool dan Chelsea dijangka akan menyertai Piala Dunia Kelab ini pada tahun hadapan, bersama-sama dengan Real Madrid dan Atletico Madrid.