Arsenal dan Manchester City 'gila' terhadap pemain perancang Real Madrid.

SERATUS tujuh puluh minit, itulah masa permainan yang dimiliki Isco setelah berjaya mendapat tempat di Real Madrid sejak awal kempen 2019/20.



Perkembangan itu menyaksikan khabar angin mengenai perpindahan keluar bintang Real itu mula diperkatakan dan ianya turut dilaporkan akan berlaku pada Januari ini.

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
LaLiga 4 - - 170'
Champions League - - - -

Menariknya, menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Sepanyol, AS, mereka melaporkan bahawa dua kelab Inggeris, Arsenal dan Manchester City begitu 'gilakan' pemain tersebut.

Di Emirates, dikatakan kelab London itu 'senang' dengan pinjaman Dani Ceballos dan dilaporkan menganggap satu 'pelaburan yang baik' dibuat dengan Isco pada Januari nanti.

Bagi Manchester City dan Guardiola, mereka melihat pemain Real Madrid itu sebagai pengganti kepada David Silva, yang bakal menamatkan khidmatnya di penghujung musim ini bersama kelab itu.

Bagi pemain itu pula, perpindahan itu dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik yang dihadapinya ketika ini kerana kedua-dua kelab Inggeris itu sudah pasti akan memberi dia minit permainan yang diingininya yang mana ianya gagal diperolehi di Santiago Bernabéu.

Lebih utama, Isco mahu mengukuhkan tempatnya didalam skuad Robert Moreno untuk kejohanan Euro 2020.

Menurut AS, cita-cita Isco itu hanya dapat dicapai sekiranya berada di Liga Inggeris berbanding di La Liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post