Adakah ini punca sebenar yang menyebabkan Mesut Ozil disishkan - "Wallahi......"

MESUT OZIL, episod malang hidupnya dalam dunia bolasepak boleh dikatakan bermula selepas kontroversi beliau bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada pertengahan tahun 2018.



Walaupun beliau ketika itu tidak bersendirian menemui Erdogan dengan turut disertai pemain Manchester City, Ilkay Gundogan dan pemain Everton, Cenk Tosun namun kritikan hebat lebih ditujukan dan tertumpu kepada pemain Arsenal itu.

Tiga pemain berdarah Turki bergambar bersama Presiden Turki, Erdogan (kiri ke kanan) Ilkay Gündogan (Man City); Mesut Özil (Arsenal) dan Cenk Tosun (Everton).
Lebih malang, sebulan selepas itu (pada Kejohanan Piala Dunia 2018 - Rusia), pasukan kebangsaan Jerman yang turut diwakili Mesut Ozil mengalami kegagalan amat memalukan. 

Kegagalan memalukan Jerman itu bukan sahaja kerana gagal melepasi peringkat kumpulan, malah  skuad Die Mannschaft hadir selaku juara bertahan pada temasya terulung dunia bolasepak di Rusia.

Midfielders Mesut Özil and Ilkay Gündoğan, who currently play for Arsenal and Manchester City in the Premier League and are both set to represent their birth country at the tournament in Russia this summer, were criticised by politicians including the chancellor, Angela Merkel, for meeting with Erdoğan during his visit to the UK.
--The Guardian

Skuad kendalian Joachim Löw menamatkan saingan diperingkat kumpulan dengan hanya memenangi satu perlawanan dan dua kekalahan untuk berada ditangga tercorot Kumpulan F.

Kumpulan F - Piala Dunia 2018 Rusia
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Sweden 3 2 0 1 5 2 +3 6
2 Mexico 3 2 0 1 3 4 −1 6
3 South Korea 3 1 0 2 3 3 0 3
4 Germany 3 1 0 2 2 4 −2 3

Ozil beraksi pada perlawanan pertama Jerman menentang Mexico yang berkesudahan kekalahan buat juara bertahan (Mexico menang 1-0).

Beliau kemudian direhatkan pada perlawanan kedua Jerman, yang berjaya menewaskan Sweden 2-1 namun gagal membantu negaranya pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan apabila tewas 0-2 kepada Korea Selatan.



Dengan tersingkirnya Jerman pada kejohanan tersebut, Ozil menjadi sasaran kecaman dan kejian serta menjadi mangsa untuk dipersalahkan ekoran kegagalan skuad kebangsaan negara itu.

Same coach, same team manager, same president. And yet after almost two weeks of reflection, the German soccer federation (DFB) appears to have decided midfielder Mesut Ozil is the main culprit for the team's shock early World Cup exit.
-- USA Today

Beliau dituduh sebagai pengkhianat oleh penduduk Jerman kerana dikatakan tidak memiliki semangat 'Jerman' dan lebih memiliki semangat 'Turki' didalam dirinya.


Ozil kembali bersama Arsenal selepas tamat tugasan antarabangsanya (bersama Jerman) dan ketika itu, The Gunners telah pun memiliki pengendali baharu, Unai Emery.

Emery dan Arsenal menyambut Ozil dengan laungan mahu dan sedia membantu pemain itu mengharungi detik-detik sukar dalam hidupnya.

Arsenal head coach Unai Emery has offered to help Mesut Ozil rediscover the sort of form that deserted him last season and throughout the World Cup.
--Independent

Dan lilitan kapten turut diberikan kepada Ozil bersama empat pemain The Gunners yang lain pada musim pertama Emery mengendalikan Arsenal.

The captain of this group is Laurent Koscielny, who is injured at the moment. After Laurent, our other captains are Petr Cech, Aaron Ramsey, Mesut Ozil and Granit Xhaka.
-- Unai Emery.

Musim pertama Ozil bersama Emery bagaikan retak menanti belah walaupun kenyataan dikeluarkan Emery bahawa beliau mahu membantu diri pemain itu.

Emery walaupun memberikan lilitan kapten kepada Ozil, ianya bagaikan untuk melengkapkan janji-janjinya untuk membantu pemain tersebut apabila hanya menggunakan pemain Jerman itu sebanyak 24 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.

Ozil ketika itu terpalit dengan isu kecederaan dan juga sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan sehinggakan hanya membuat 35 penampilan sahaja untuk musim itu.

Rekod penampilan Ozil 2018/19
Saingan 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 24 5 2 1,741'
Europa League 10 1 1 653'
FA Cup 1 - - 26



Musim itu juga menyaksikan Ozil terus dikecam kerana prestasinya yang tidak setimpal dengan gaji yang diterimanya.

Lebih-lebih lagi bahasa tubuhnya yang dilihat bagaikan tidak bersemangat.

Memasuki musim kedua Unai Emery mengendalikan Arsenal, khidmat Ozil bagaikan tidak diperlukan lagi dan setakat ini hanya dua kali diturunkan (sekali dalam EPL dan sekali dalam EFL Cup) dan kedua-dua perlawanan tersebut, Ozil hanya membuat penampilan selama 71 minit sahaja.

Ozil musim ini tetap diberikan peranan sebagai salah seorang kapten pasukan setelah undian rahsia dijalankan dikalangan pemain-pemain Arsenal.

Dan tindakan Unai Emery yang 'merehatkan' Ozil mencetuskan tanda tanya bukan sahaja dikalangan peminat dan penyokong Arsenal, malahan turut dipersoalkan oleh pemerhati bolasepak.

Sebelum bermulanya musim ini ataupun pada pra musim, Ozil dilihat begitu bersemangat dalam menjalani latihan dan juga ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Unai Emery pada awal bulan ini mengatakan bahawa Ozil tidak layak beraksi untuk skuadnya kerana terdapat pemain lain yang lebih layak untuk beraksi dan menggesa pemain itu untuk berusaha lebih keras lagi.

Manakala Raul Sanllehí pula menjelaskan bahawa beliau mahu melihat Ozil beraksi dalam perlawanan seterusnya Arsenal, namun perlu bekerja lebih keras pada sesi latihan untuk melayakkan dirinya bermain.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa gaji tinggi yang diterima Ozil membuatkan dirinya selesa berada di Emirates tanpa perlu bekerja kuat.

Tambahan pula beliau juga mengumumkan persaraan daripada pentas kebangsaan yang turut mengurangkan motivasi pemain itu untuk mempamerkan yang terbaik darinya.

Namun sebagai pemain profesional, penulis tidak merasakan Ozil bertindak sedemikian.

Dalam mencari punca dan mengapa ianya berlaku 'perang dingin' diantara Ozil dan Emery, penulis menemui sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.

Terdahulu salah seorang pembaca MyGooners telah mengeluarkan teori dan pendapat beliau mengapa Ozil disisihkan dari skuad Emery dan anda boleh membacanya disini ataupun pada pautan dibawah.

Pencarian penulis menemui berita yang dikeluarkan pada Jun 2019, dimana laporan dari Turki mendakwa Ozil telah menghina Emery ketika pengendali itu mengeluarkan beliau dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea.

Menurut media Turki, Hurriyet dan Fanatik, pakar membaca gerak bibir menyatakan bahawa Ozil  telah berkata "Wallahi (saya bersumpah), anda bukan jurulatih" kepada Emery selepas dia dikeluarkan dan digantikan Joe Willock pada kekalahan 4-1 Arsenal ketika itu.

Tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun ianya terbuka untuk dibincangkan. Pencarian penulis mengenai video Ozil ketika dikeluarkan menumui jalan buntu, gagal menjumpainya.

Namun yang pasti, hubungan di antara kedua-dua mereka (Ozil dan Emery) pasti terdapat sesuatu yang cuba dilindungi demi kepentingan kelab.

Semoga ianya berakhir dengan baik untuk Arsenal. 

#COYG #WeAreTheArsenal.


Post a Comment

Previous Post Next Post