Kejutan untuk bintang Arsenal tersenarai dalam calon 20 pemain muda - Golden Boy.

PEMAIN muda Arsenal, Matteo Guendouzi berada dalam senarai pendek 20 pemain muda untuk Anugerah Golden Boy 2019.

Empat pemain muda dari Liga Perdana Inggeris dengan penyerang Everton, Moise Kean, pemain Chelsea - Mason Mount, pemain Manchester City - Philip Foden dan pemain Arsenal - Matteo Guendozi berada dalam senarai tersebut.

Manakala bintang muda England, Jadon Sancho yang membintangi kelab Jerman, Borussia Dortmund turut tersenarai.

Kean dikatakan berada dalam senarai paling atas dikalangan pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris kerana memiliki rekod cemerlang bersama Juventus dengan menjulang Trofi Serie A sebanyak dua kali (2016/17 dan 2018/19) serta dua piala domestik lain.

Manakala bintang muda Chelsea, Mount dipilih selepas aksi cemerlangnya bersama Derby musim lalu dan prestasi yang mengagumkan di bawah Frank Lampard musim ini.

Sementara Foden mendapat perhatian dengan bakat yang dimiliki walaupun aksinya begitu terhad bersama Manchester City.

Paling mengejutkan adalah pemain tengah antarabangsa Perancis yang mewakili Arsenal, Guendouzi (20 tahun), yang mempamerkan aksi melangkaui usianya dibawah kendalian Unai Emery.

Joao Felix, pemain muda termahal ketika jendela perpindahan baru-baru bersama Matthijs de Ligt, Ansu Fati dan Nicolo Zaniolo juga berada didalam senarai itu.

Pertahanan Belanda, De Ligt telah memenangi anugerah ini tahun lalu dan keputusan mengenai pemenang Anugerah Golden Boy 2019 ini akan dibuat oleh panel yang menilai para pemain di bawah 21 tahun yang mampu beraksi dengan baik dan konsisten dalam kempen yang diharungi mereka.

Bintang muda Atletico Madrid, Felix adalah pemain kegemaran untuk memenangi anugerah ini dengan pemenang akan diumumkan di Turin pada 16 Disember nanti.

Finalis Golden Boy 2019
  1. Matthijs de Ligt (Juventus, Belanda)
  2. Alphonso Davies (Bayern Munich, Kanada)
  3. Gianluigi Donnarumma (Milan, Itali)
  4. Ansu Fati (Barcelona, ​​Sepanyol)
  5. Philip Foden (Manchester City, England)
  6. Matteo Guendozi (Arsenal, Perancis)
  7. Erling Haland (RB Salzburg, Norway)
  8. Kai Havertz (Bayer Leverkusen, Jerman)
  9. Joao Felix (Atletico Madrid, Portugal)
  10. Dejan Joveljic (Eintracht Frankfurt, Serbia)
  11. Moise Kean (Everton, Itali)
  12. Kang-in Lee (Valencia, Korea Selatan)
  13. Andrij Oleksijovyc (Valladolid, Ukraine)
  14. Danyell Malen (PSV Eindhoven, Belanda)
  15. Mason Mount (Chelsea, England)
  16. Rodrygo (Real Madrid, Brazil)
  17. Jadon Sancho (Borussia Dortmund, England)
  18. Ferran Torres (Valencia, Sepanyol)
  19. Vinicius Jr (Real Madrid, Brazil)
  20. Nicolo Zaniolo (Roma, Itali)

Post a Comment

Previous Post Next Post