Santi Cazorla bantu 'scout' Arsenal dalam pencarian dan perebutan pemain pertahanan Villarreal.

ARSENAL dilaporkan berminat untuk menandatangani pertahanan Villarreal yang mempunyai klausa pelepasan berjumlah £43 juta.


Selain Arsenal, Manchester City dan Chelsea juga turut dilaporkan berminat untuk menandatangani pertahanan tengah berusia 22 tahun ini.

Namun The Gunners menerima kelebihan berbanding pencabar lain kerana bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla turut membantu bekas majikannya itu.

Pau Torres menjadi tumpuan dengan aksi mantap yang dipamerkan beliau sepanjang musim ini, membantu Villarreal berada ditangga ke-9 La Liga ketika ini.

Beraksi dalam saingan La Liga 2 musim lalu bersama Malaga secara pinjaman, kecemerlangan beliau itu membuatkan Villarreal menawarkan kontrak baharu untuk tempoh lima tahun baru-baru ini kepadanya.

Pun begitu, Arsenal tetap dilaporkan berminat untuk menandatangani Torres dan menerima bantuan Cazorla yang memberikan maklumat tambahan mengenai pemain itu kepada pencari bakat (scout) The Gunners.

Menurut The Sun, Cazorla secara peribadi telah mencadangkan kepada Torres supaya menyertai Arsenal ketika pertahanan Villareal itu bersama Malaga secara pinjaman musim lalu.

Cazorla personally recommended Torres to his former club following his sublime spell of form in Spain.
-- The Sun

Dan mengikut 90min, Arsenal sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran untuk mendapatkan pemain pertahanan itu pada musim panas akan datang. 

Torres turut dilaporkan mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya antara €50 juta ke €75 juta (£43juta ke £65 juta).

Walaupun Torres baru sahaja menandatangani perjanjian baru dengan Villarreal, namun Arsenal yakin bahawa mereka mampu meyakinkan Villarreal untuk melepaskan pertahanan muda itu pada musim panas akan datang sekiranya mereka membuat tawaran yang cukup besar.

Sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan Torres, musim 2020/21 bakal menyaksikan The Gunners memiliki barisan pertahanan (tengah) yang baru dengan gandingan pemain itu bersama William Saliba yang akan kembali dari pinjaman bersama Saint-Étienne.


Pun begitu, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Arsenal berharap dapat menyelesaikan perpindahan Torres dengan harga yang tidak begitu jauh (kurang) daripada klausa pelepasan yang berjumlah £ 45 juta.

Perkembangan lain, Unai Emery dilaporkan berhasrat membawa seorang lagi pemain muda berbakat menyertai Arsenal, Joey Dawson.

Post a Comment

Previous Post Next Post