ARSENAL, walaupun kekurangan kejayaan dan juga trofi namun masih dianggap sebagai kuasa besar di peringkat Eropah.
Mengapa ini boleh terjadi?
Arsenal dianggap sebagai salah satu pasukan elit di Eropah bukan kerana pencapaian mereka di setiap penghujung musim ataupun pencapaian didalam kejohanan tertinggi kelab bolasepak itu, tetapi kerana corak pemainan yang dipamerkan.
The Gunners sememangnya terkenal dengan corak permainan yang memukau dan menarik di atas padang.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menyaksikan perlawanan Arsenal sememangnya menghiburkan walaupun ketika mengalami kekalahan.
Kerana corak dan gaya permainan yang sangat menarik dan sebati dengan jiwa yang mana ianya telah lama disemai semenjak kehadiran Arsene Wenger.
Permainan yang menghiburkan dan menarik serta indah itu boleh dikreditkan kepada pemain tengah yang menggerakkan ataupun merencanakan keseluruhan pasukan Arsenal.
Nadi dan jantung serta otak pasukan Arsenal sememangnya pada pemain dan bahagian tengah, disebabkan ini kita sentiasa memiliki pemain tengah yang berkaliber.
Walau bagaimanapun, perubahan struktur utama dalam skuad Arsenal bermakna gaya mengiburkan mereka tidak lagi menjadi pilihan.
Bahagian tengah Arsenal yang dahulu merupakan aset terbesar, kini menjadi kelemahan terbesar pasukan.
Pada tahun-tahun ataupun musim-musim terakhir Arsene Wenger di kelab, Arsenal tetap menjadi pasukan yang digeruni dan mempamerkan perlawanan yang menghiburkan serta menarik.
Sebaliknya dengan pasukan dibawah kendalian Unai Emery yang penuh dengan wajah baru, ianya bagaikan pasukan pertengahan liga, merujuk kepada aksi yang dipamerkan.
Ramai yang mengkritik Wenger dalam beberapa musim terakhirnya apabila gagal untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.
Tidak kurang juga yang kecewa dengan percubaan terakhir pengendali tersebut membawa Arsenal kembali beraksi dalam saingan elit Eropah.
Tidak kira apa halangan yang tidak dapat diatasi, mereka tetap menjadi salah satu pasukan yang paling menghiburkan di seluruh Eropah.
Harus dikatakan bahawa Unai Emery meneruskan dengan cara yang sama seperti Wenger ketika dia pertama kali dilantik.
Tetapi ia jelas seperti hari ini bahawa pengendali Sepanyol itu mempunyai niat untuk mengubah cara bermain Arsenal pada masa hadapan.
Petunjuk pertama yang dapat menjelaskan mengenai tindakan yang bakal direncanakan Emery adalah, apabila melepaskan dua pemain tengah berbakat Arsenal iaitu Jack Wilshere dan Santi Cazorla.
Kedua-dua mereka dilepaskan secara percuma pada jendela perpindahan musim panas tahun 2018 selepas berakhirnya kontrak bersama Arsenal dan pemain tengah klasik Wenger ini telah 'dibuang' sebaik sahaja mereka sembuh dari kecederaan yang dialami mereka berdua.
Itu adalah kesilapan pertama Emery, melepaskan pemain yang sanggup mati untuk Arsenal dan pemain tengah yang cukup kreatif.
Kesilapan kedua Emery adalah dengan melepaskan Aaron Ramsey pada jendela perpindahan musim panas lalu, dan sekali lagi beliau melepaskan pemain berdarah Arsenal secara percuma.
Pemain antarabangsa Wales itu mungkin pemain tunggal Arsenal (ketika itu, musim lepas) yang memiliki DNA The Gunners dan beliau memberikan aksi 100 peratus serta mungkin lebih dari itu apabila beraksi.
Namun itu masih belum mencukupi untuk beliau meyakinkan Emery.
Jelas Ramsey sememangnya berdarah Gunners apabila tetap memberikan aksi terbaik walaupun akan meninggalkan Emirates pada penghujung musim lalu.
Beliau, walaupun bersetuju untuk menyertai Juventus, tetap memberikan 100 peratus komitmen terhadap Arsenal.
Dan itu menunjukkan bahawa Emery tidak memahami dan mengerti perjuangan seorang pemain yang sanggup mati untuk pasukan.
Kesilapan ini merupakan satu kesilapan besar.
Wenger ketika mula mengambil alih Arsenal masih mengekalkan pemain-pemain sedia ada yang mana beliau menyedari pemain ini sanggup mati untuk pasukan dan ianya memudahkan beliau untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.
Arsene Wenger dedahkan bagaimana pasukan terbaik Arsenal membantu mencapai impiannya… https://t.co/tyeZvySv8F— MyGooners (@MyGooners1886) October 16, 2019
Berbalik kepada Emery, boleh dikatakan beliau tidak menyedari apa yang telah dimilikinya ketika mengambil alih tampuk pemerintahan Arsenal.
Meskipun Arsenal semenjak Wenger meninggalkan Emirates telah menghabiskan banyak wang untuk membawa masuk pemain-pemain baru, terutamanya dalam serangan dan pertahanan, satu hal yang pasti adalah mereka tidak mampu lagi kehilangan pemain tengah yang berkualiti.
Tetapi tentu saja, Emery tidak mengecewakan kita semua apabila beliau memberikan satu lagi kejutan.
Henrikh Mkhitaryan pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas tahun ini telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman dengan pasukan Itali, Roma.
Seorang lagi pemain tengah yang berpengalaman dan berkualiti hilang dari Arsenal.
Pun begitu, kejutan yang dibuat Emery tidak habis disitu.
Sisa-sisa peninggalan Wenger terutamanya pemain tengah berkualiti masih tinggal seorang lagi pemain iaitu Mesut Ozil.
Tidak ada keraguan bahawa Ozil pasti dapat meningkatkan kadar kerjanya, namun anda tidak dapat menafikan bakat yang dimilikinya.
Apa yang membimbangkan adalah hakikatnya Emery enggan memainkan maestro Jerman itu ketika ini dimana bahagian tengah Arsenal dilihat kekurangan kreativiti.
Sebaliknya Emery telah mempercayai gandingan Matteo Guendouzi dan Granit Xhaka.
Bukan untuk menafikan kehebatan dua pemain itu, namun masalahnya...bahagian tengah Arsenal ketika ini bagaikan 'tidak wujud', tidak berfungsi dengan baik, tidak memiliki kreativiti yang mampu mengucar-kacirkan pihak lawan.
Mereka (pemain-pemain tengah ini) gagal untuk membawa bola ke depan, walaupun berkesan ketika bertahan.
Gaya permainan baru Arsenal terdiri daripada pemain tengah yang berpindah turun ke bawah untuk melindungi barisan pertahanan di bawah tekanan.
Dan mereka juga sentiasa melepaskan ataupun menghantarkan bola kembali kepada pemain pertahanan yang kemudiannya akan melakukan kesilapan untuk memberikan peluang kepada pihak lawan menjaringkan gol.
Walaupun sebenarnya mereka itu cuba bermain dari bawah termasuklah kadang-kala melakukan 'clearance' setelah menerima bola daripada pemain tengah.
Dibawah gaya permainan baru Arsenal, pemain penyerang turut sama turun ke bawah, mengutip bola dan melakukan percubaan dalam usaha menjaringkan gol.
Bijak bukan?
Kalau korang tak terhibur..korang ada masalah dengan corak permainan baru Arsenal..cepat-cepatlah berjumpa doktor.
Walaupun Emery telah melakukan revolusi dalam gaya permainan serangan Arsenal, namun ianya mengambil masa untuk dilaksanakan.
Pun begitu, perkara tersebut tidak memberi penjelasan jelas mengenai mengapa kawasan tengah Arsenal yang sentiasa bermula dengan kesebelasan utama yang 'sangat tidak berbakat' dan tiada kreativiti.
Oh hampir terlupa mengenai Lucas Torreira... pemain yang satu ketika peminat dan penyokong melebelkan beliau 'permata yang hilang'.
Kehadiran pemain itu dikatakan menyelesaikan masalah tengah dan pertahanan Arsenal musim lalu.
Namun kini... musim ini...dimanakah beliau?
Adakah beliau hanya 'melukut di tepi gantang'? Yang mana kelibat beliau hanya digunakan untuk penyelesaian musim lalu semata-mata?
Apa sebenarnya yang terjadi kepada pemain tengah berbakat Arsenal dan kenapa Emery tidak mementingkan bahagian tengah dengan pemain kreatif?
Tags
Aaron Ramsey
Arsenal
Granit Xhaka
Jack Wilshere
Lucas Torreira
Matteo Guendouzi
Mesut Ozil
Pemain tengah
Santi Cazorla
Unai Emery