Ini adalah salah satu sebab mengapa saya meminati Arsenal, untuk terus bermimpi (mempunyai impian).

SELAMA bertahun-tahun, gaya ataupun corak permain Arsenal telah menarik pemain muda dengan keupayaan teknikal yang baik.


Kita tidak boleh menyalahkan pemain-pemain muda ini yang ingin bermain untuk kelab yang berpusat di Utara London. 

Ia adalah satu peringkat di mana bakat muda dari seluruh dunia mahu membuktikan diri mereka di mata dunia. 

Arsene Wenger sentiasa menyokong dasar bolasepak Arsenal dan beliau merupakan seorang individu dengan perspektif, seorang lelaki yang mempunyai visi dan falsafah bagaimana permainan yang indah itu harus dimainkan. 

Sukar untuk mencari pengurus seperti beliau pada masa kini. 

Arsenal boleh menganggap diri mereka sangat bertuah kerana pernah mempunyai pengurus seperti itu bersama mereka. 

Gaya permainan ‘Profesor’ yang dibina di Arsenal dianggap sebagai salah satu yang paling menarik di United Kingdom, jika bukan paling menarik di Eropah. 

Pun begitu ianya membuatkan kita tertanya-tanya mengapa mereka kalah apabila mereka kalah. 

Ia membuatkan kita tertanya-tanya, mengapa mereka tidak mendapat menjaringkan gol apabila mereka bermain dengan cantik. 

Wenger membuatkan Arsenal menjadi sebuah pasukan yang berkarisma sebelum beliau meninggalkan kelab. 

Pada ketika itu, ianya sukar untuk menolak ataupun menafikan kehebatan Arsenal dan sukar juga buat pemain-pemain muda berbakat untuk melepaskan peluang menyertai The Gunners. 

Arsenal menjadi tempat buat mana-mana pemain muda menunggu peluang untuk menunjukkan kepada dunia apa yang boleh mereka lakukan. 

Sekali lagi, dasar Wenger untuk membawa pemain muda ke Arsenal dan memberikan mereka kesempatan untuk membuktikan diri mereka serta memenuhi apa yang diperlukan atau dicari  mereka dapat dicapai bersama The Gunners. 

Ia telah menjadi mimpi dan impian untuk pemain muda bermain untuk Arsenal. 

Keupayaan Wenger untuk memberi inspirasi kepada pemain-pemain muda ini banyak menyumbang kepada bolasepak dunia, menjadikan bintang bolasepak dan ikon seperti Nicolas Anelka, Thierry Henry, Cesc Fabregas, Patrick Vieira, Emmanuel Adebayor, Robert Pires, Freddy Ljungberg dan ramai lagi. 


Fakta mudah bahawa Arsenal telah menciptakan ikon bolasepak menambahkan lagi daya tarikan kepada pasukan. 

Cesc Fabregas diturunkan buat pertama kalinya dalam perlawanan rasmi untuk Arsenal pada usia 16 tahun. 

Pada usia itu, minda remaja kebanyakan dipenuhi dengan kebimbangan mengenai jerawat yang tumbuh dimuka mereka atau memikirkan bagaimana cara untuk mengorat gadis cantik yang dikehendaki mereka. 

Di Arsenal, seorang pemain berusia 16 tahun memberi tumpuan kepada cara melepasi lawan, bagaimana untuk tidak menghampakan kepercayaan pengurusnya, bagaimana untuk memperbaiki, bagaimana bermain menentang pasukan besar. 

Fabregas kini berusia 32 tahun dan pernah menjadi antara pemain terbaik di dunia. 

Pada usia 16 tahun dia berjaya mengisi kekosongan ataupun tempat salah seorang legenda terbesar Arsenal, Patrick Vieira

Fabregas melambangkan setiap impian pemain muda dan kejayaan sistem Arsene Wenger. 

Arsenal perlahan-lahan menjadi pasukan impian untuk pemain muda. 

Tidak sekali atau dua kali pemain keluar dengan kenyataan seperti: "Ini impian saya bermain untuk Arsenal" atau "Ini adalah pilihan yang sempurna untuk saya." 

Dan kita tidak boleh menyalahkan mereka untuk itu. Gaya Arsenal telah mencetuskan imaginasi ramai pemain dan membuat mereka tertanya-tanya bagaimana mereka mampu untuk menyertai sebuah pasukan seperti The Gunners. 

Gaya teknikal bolasepak Arsenal merupakan sebab lain kenapa pemain mahu menyertai The Gunners. 

Hampir setiap kanak-kanak dengan teknik dan kemahiran yang baik telah menyatakan keinginan untuk bermain bersama The Gunners. 

Itu hadir dengan sebab bahawa Arsenal memainkan bolasepak yang menarik. 

Liam Brady sebagai pengarah teknikal telah banyak membantu Wenger dengan membentuk pemain remaja (akademi) menjadi pemain yang bersedia untuk Liga Perdana. 

Siapa yang tidak mahu bermain bersama pemain teknikal seperti Fabregas, Rosicky, van Persie, Nasri, dan Walcott

Ia adalah satu daya tarikan buat pemain-pemain muda Arsenal untuk berusaha lebih gigih supaya terpilih mewakili skuad utama ataupun sekurang-kurangnya beraksi bersama mereka walaupun sekali. 

Arsenal FC merupakan satu impian dan kini terserah kepada Unai Emery dan pihak pengurusan The Gunners untuk mengekalkan impian ini. 

Ini adalah salah satu sebab mengapa saya meminati Arsenal, untuk terus bermimpi (mempunyai impian).

Post a Comment

Previous Post Next Post