Serkan Kirintili penerima kad merah terpantas dalam sejarah bolasepak Turki - Hanya 13 saat!

Serkan Kirintili jelas menangkap bola di luar kotak penaltinya
Penjaga gol Konyaspor, Serkan Kirintili mencipta rekod buruk peribadi apabila menjadi pemain terpantas dilayangkan kad merah dalam sejarah bolasepak Turki, selepas dia diarahkan keluar padang ketika permainan baru bermula 13 saat.

Dia dinamakan penjaga gol pasukannya untuk menentang Yeni Malatyaspor dalam perlawanan kelapan Liga Super Turki pada malam Isnin waktu tempatan.

Kirintili berlari untuk menangkap bola tinggi yang tiba ke kawasannya diluar kotak penalti.

Walaupun penyerang pasukan lawan, Adis Jahovic berlari untuk mendapatkan bola tersebut, namun tindakannya itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak termasuk dirinya sendiri.

Adis Jahovic (kanan) pantas menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh Serkan Kirintili
Selepas menyedari kesilapannya itu, dia terus meletakkan bola dan membuka sarung tangannya sebelum melihat ke arah pengadil perlawanan Mustafa Ogretmenoglu melayangkan kad merha kepadanya.

Dia ditenangkan oleh pemain lawan, Moryke Fofana semasa berjalan keluar dari padang.

Malam penjaga gol berusia 34 tahun itu bertambah malang apabila pasukannya tewas 2-0 hasil jaringan Guilherme dan Robin Yalcin.

Pemain bek kiri Konyaspor, Alper Uludag terpaksa dikeluarkan selepas insiden tersebut, digantikan oleh penjaga gol di bangku simpanan, Ertugrul Taskiran.

Kirintili digantung perlawanan sehingga 27 Oktober, dan akan terlepas perlawanan menentang kelab gergasi Turki, Fenerbahce di Stadium Sukru Saracoglu pada 26 Oktober.

Post a Comment

Previous Post Next Post