Arsenal Hantar Scout Perhati Dominik Szoboszlai Lawan Liverpool

Arsenal akan memerhati perkembangan pemain sayap muda Hungary, Dominik Szoboszlai yang dijangka akan beraksi dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool pertengahan minggu ini.

The Gunners sudah menunjukkan minat terhadap pemain berusia 18 tahun ini pada musim panas yang lalu, dan dapat menambahkan data mengenai pemain ini apabila pasukannya, RB Salzburg bertandang ke Stadium Anfield pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).


BIODATA RINGKAS:

Nama: Dominik Szboszlai
Tarikh & tempat lahir: 25 Oktober 2000 di Budapest, Hungary
Warganegara: Hungary
Ketinggian: 1.86 m
Kelab terkini: Red Bull Salzburg
Kelab terdahulu: MOL Fehervar Youth, MTK Budapest Youth


Walaubagaimanapun, Arsenal perlu bersaing hebat dengan beberapa kelab Itali seperti Juventus, Inter Milan, dan Lazio jika mahu mendapatkan khidmat pemain ini.

Dominik sudah menjaringkan tiga gol dan membuat bantuan tiga gol dalam 10 penampilan untuk pasukannya musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post