Leonie Maier Dikeluarkan Dari Skuad Wanita Antarabangsa Jerman

Pemain pertahanan skuad wanita Arsenal, Leonie Maier tidak disenaraikan dalam skuad antarabangsa Jerman untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa bulan ini.


Leonie diketepikan kerana masalah kecederaan lutut, dan perkara ini diberitahu di dalam akaun twitter rasmi pasukan bolasepak wanita Jerman DFB-Frauenfußball.


"Leonie Maier tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan kelayakan European Championship menentang Ukraine dan Greece kerana masalah lutut. Jurulatih kebangsaan, Voss-Tecklenburg telah memanggil semula pemain Hoffenheim, Tabea Waßmuth. Ia merupakan panggilan pertama pemain berusia 23 tahun itu. WE #IMTEAM" 

Beliau telah membuat lebih 70 penampilan untuk negaranya, dan memenangi pingat emas dalam acara bolasepak wanita Sukan Olimpik 2016 dan UEFA Women's Championship pada tahun 2013.

Leonie telah menyertai Arsenal dari Bayern Munich pada penghujung bulan Mei lalu. Beliau sudah membuat tiga penampilan liga setakat ini.


sumber: dailycannon

Post a Comment

Previous Post Next Post